30 Ogos 2012

Sinonim Hari Merdeka

SELAMAT MENYAMBUT
HARI ULANG TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55
(31 Ogos 1957 ~ 31 Ogos 2012)



Tanggal 31 Ogos 2012 ini, Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-55. 55 tahun adalah suatu tempoh yang boleh dianggap lama untuk kita memahami dan menyedari rutin sambutan dan ikon-ikon yang menunjukkan rakyat Malaysia sedang merayakan Hari Kemerdekaan.

SETIAP kali sambutan Hari Kebangsaan negara, rakyat pasti disajikan dengan beberapa perkara yang menjadi rutin setiap tahun. Rutin yang datang sama ada dalam bentuk lagu, aktiviti mahupun tempat bersejarah ini sama ada secara sedar atau tanpa kita sedari telah menjadi ikon kepada sambutan Hari Kemerdekaan setiap tahun.

Bulan Ogos pastinya menjadi sesuatu yang tidak lengkap tanpa kedengaran lagu Tanggal 31 nyanyian Allahyarham Sudirman Arshad. Lagu itu telah sebati dalam kehidupan masyarakat khususnya jika membicarakan tentang sambutan kemerdekaan.




Ikon lain kemerdekaan sudah pasti Jalur Gemilang yang menjadi kemegahan dan lambang kedaulatan negara. Saban tahun diadakan kempen kibar jalur gemilang di mana sejak akhir-akhir ini kempen ini berlangsung selama lebih daripada sebulan. 2012 misalnya kempen kibar jalur gemilang berlangsung selama 2 bulan.

Bangunan Sultan Abdul Samad, perbarisan hari kemerdekaan dan Dataran Merdeka juga tidak terkecuali daripada menjadi tumpuan setiap kali bulan kemerdekaan menjelma.

Gambar Foto Perdana Menteri Malaysia Pertama mengangkat tangan sambil melaungkan kalimah keramat 'Merdeka' amat sinonim sebagai ikon sambutan hari kemerdekaan.



Begitu juga dengan program televisyen. Setiap kali sambutan kemerdekaan, pasti program televisyen akan menayangkan movie seperti Bukit Kepong, Sarjan Hassan dan Leftenen Adnan sebagai suatu imbasan mengenang kembali detik-detik getir mempertahankan kedaulatan negara.

Semua itu diperakui bersama sebagai asas dan lambang yang menyemarakkan semangat cintakan tanah air serta jati diri tanpa berbelah bahagi.

Sebahagian artikel adalah dari sumber: Utusan

1 comments:

Unknown berkata...

koding harapan aku: Semoga KEMERDEKAAN YG KE 55 ni tak ada yg berakhir di kelab2 malam, bilik2 hotel budget, di atas wad katil yg dah sememangnya penuh dgn mat rempit dan pemain mercun harap MAKLONG... sepatutnya dah merdeka 55 tahun kita dah boleh buat banyak perubahan kat tanah tercinta kita ni ~ renung-renungkan dan selamat beramal ^..^