31 Oktober 2012
Alicia Richman Penderma Susu Badan Terbanyak
Alicia Richman menjadi wanita pertama menderma 86 gelen susu badan kepada The Mothers' Milk Bank of North Texas.
Seorang wanita yang tinggal di North Texas diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai penderma susu badan terbanyak bagi membantu kanak-kanak malang.
Alicia Richman, 28 dari Granbury, menderma 86 gelen atau 325.3 liter susu badan di antara Jun 2011 dan Mac lalu kepada badan kebajikan The Mothers' Milk Bank of North Texas. Badan kebajikan tersebut membekalkan susu ibu kepada unit rawatan rapi neonatal.
Jumlah tersebut dianggap terlalu besar kerana seorang bayi yang baru lahir hanya minum susu kira-kira 88 mililiter sehari. Richman berkata, dia mengumpul susu badannya di mana-mana sahaja termasuk ketika bekerja dan bercuti.
''Saya tidak pernah membeli formula untuk meningkatkan pengeluaran susu badan,'' katanya.
Richman mula menderma susu badan selepas melahirkan anak lelakinya yang kini berumur 19 bulan selepas mendapati dia mengumpul susu melebihi keperluan anaknya.
''Saya mengumpul susu yang boleh memenuhi dua peti sejuk, ia melebihi apa yang anak saya perlukan,'' katanya.
Kemudian wanita tersebut memutuskan untuk membantu anak pra-matang dan bayi yang tidak sihat yang memerlukan susu badan berbanding susu formula.
''Saya merasakan Tuhan merahmati saya dengan pengeluaran susu badan yang banyak dan saya perlu membantu bayi yang sakit untuk mereka terus hidup,'' katanya.
Sumber: Utusan [27/10/2012]
Catatan.
Barangkali apakah petua yang diamalkan oleh Richman untuk memastikan penghasilan susu badannya sentiasa banyak. Bagaimanapun Richman tidak berkongsi tentang petua-petua tersebut di dalam artikel di atas.
Kebanyakan ibu menghadapi masalah untuk membekalkan susu badan yang cukup kepada bayi mereka. Anak-anak saya adalah antara bayi-bayi yang terpaksa mendapatkan bekalan susu tambahan daripada susu formula akibat susu badan yang tidak mencukupi.
Mungkin anda mempunyai petua yang terbukti berkesan untuk menyelesaikan masalah ini. Jika tidak menjadi keberatan atau halangan sila kongsikannya di dalam ruangan komen.
Peringatan:
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.
Klik di sini untuk baca lebih lanjut: Bank Susu Ibu Difatwakan Haram
Labels:
Luar Negara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan