Nuff Atas

21 Oktober 2012

Kelantan Juara Piala Malaysia 2012


Tahniah Kepada Pasukan Kelantan FA

KELANTAN melabuhkan tirai Liga Malaysia (Liga-M) 2012 dengan penuh bergaya apabila mengungguli gelaran trebel pada musim 2012 ini.

Kelantan mencatat sejarah dengan muncul pemenang tiga gelaran musim 2012, setelah menewaskan Angkatan Tentera 3-2 dalam perlawanan akhir untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kedua, di Stadium Shah Alam, Selangor pada 20 Oktober 2012.

Perancang skuad The Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin muncul sebagai wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-96, sekali gus melengkapkan koleksi trofi Liga-M selepas menjuarai Liga Super serta Piala FA pada musim 2012 ini.

Kelantan yang juga Juara Piala Malaysia buat kali pertama pada 2010 itu melengkapkan koleksi tersebut dengan dua jaringan Norshahrul Idlan Talaha dan Indra Putra Mahayuddin manakala lawan mereka ATM FA merapatkan jurang menerusi Rezal Zambery Yahya dan Marlon Alex James.

Sumber: Utusan, Kosmo


Kelantan duka dalam suka

Misi kejuaraan treble Kelantan sedikit tempang apabila terpaksa meratapi kehilangan dua tonggak di bahagian serangan, Mohamed Ghaddar dan Norfarhan Muhammad pada perlawanan akhir dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tersebut.

Bukan disebabkan masalah kecederaan tetapi gara-gara kutipan dua kad kuning yang membuatkan mereka berdua terpaksa digantung satu perlawanan dan terpaksa melupakan terus hasrat membantu Kelantan menjulang Piala Malaysia buat kali kedua.

Biarpun dapat menyingkirkan Selangor dengan penuh bergaya, nada jurulatih Kelantan, Bojan Hodak jelas sedikit resah apabila mengetahui hakikat bakal kehilangan dua tonggak penting yang membawa kemaraan pasukannya ke pentas akhir.

Mengakui terpaksa membayar harga yang mahal, ketiadaan mereka berdua memberikan sedikit kesulitan kepada Kelantan dalam usaha merangkul kejuaraan ketiga selepas menjulang Piala FA dan Liga Super musim ini.

''Memang benar, kami tidak berada dalam keadaan terbaik kerana kedua-dua pemain ini merupakan penjaring gol dalam dua aksi separuh akhir, " katanya.

Namun, Bojan masih tidak mahu cepat mengalah dan melaungkan keyakinan bahawa pemain lain mampu menggantikan tempat Ghaddar dan Norfarhan di posisi serangan.

Ketiadaan Ghaddar dan Norfarhan menjadikan pilihan Bojan di bahagian serangan tertumpu kepada Norshahrul Idlan Talaha, Afiq Azmi, Mohd Ramzul Zahini Adnan dan Azlan Ismail.

Namun, Bojan juga mempunyai pilihan lain dengan meletakkan Indra Putra Mahayuddin dari bahagian tengah ke posisi penyerang.

Kelantan mara ke perlawanan akhir selepas menang secara agregat 3-0 dengan kejayaan menang 2-0 ke atas Selangor di Shah Alam hasil jaringan Mohamed Ghaddar dan Mohd Badri Mohd Radzi, lima minit sebelum perlawanan tamat.

Sumber: Utusan



Kelantan Isytihar Ahad Cuti Umum

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan Ahad depan 21/10/2012 sebagai cuti umum sempena kejayaan pasukan negeri itu mara ke perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia menentang Angkatan Tentara Malaysia (ATM), yang berlangsung Sabtu 20/10/2012.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood berkata, langkah itu diambil bagi memberi keselesaan kepada peminat dan penyokong Kelantan yang pulang daripada menyaksikan perlawanan tersebut di Stadium Shah Alam, Selangor.

"Dengan kemudahan cuti itu, rakyat Kelantan yang pulang dari meyaksikan perlawananan itu tidak akan tergesa-gesa untuk balik bekerja keesokan harinya.

"Ini diputuskan kerajaan negeri dalam mesyuarat yang dipersetujui Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.

Nik Abdul Aziz turut meminta pemain, penyokong dan peminat pasukan Kelantan menjaga disiplin serta menunjukkan sikap dan semangat kesukanan yang tinggi semasa berdepan suasana perlawanan akhir itu.

Abdul Fatah berkata, kerajaan negeri juga pada mulanya bercadang memberi cuti peristiwa tambahan sehari lagi jika pasukan Kelantan muncul juara Piala Malaysia.

"Bagaimanapun, tarikh cuti tambahan itu bergantung kepada keputusan mesyuarat mengenai perkara itu selepas ini, yang turut membabitkan Jabatan Pelajaran dan pihak tertentu kerana ketika ini, pelajar sedang menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)," katanya.

Sumber: BHarian Artikel1BHarian Artikel2 [14/10/2012]

Poket Sendat Team Kelantan

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah memberikan insentif RM200,000 merangkumi dua agihan iaitu yang pertama sejumlah RM75,000 selepas berjaya menewaskan FELDA United di suku akhir Piala Malaysia. Baki RM125,000 diberikan selepas menewaskan Selangor di separuh akhir Piala Malaysia.

Sumber: BHarian [11/10/2012]


Pemain dan pegawai Kelantan meraikan kejayaan muncul juara Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam

Ganjaran lot rumah

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menghadiahkan lot tanah untuk rumah kepada barisan pemain skuad Red Warriors sekiranya mereka berjaya merangkul tiga kejuaraan termasuk Piala Malaysia pada 20/10/2012.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bersetuju memberi lot tanah kepada semua pemainnya sebagai ganjaran apabila pasukan Red Wariors muncul juara Piala Malaysia, menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan, setiap pemain The Red Warriors bakal dianugerahkan satu lot rumah yang dianggarkan bernilai antara RM60,000 hingga RM80,000.

Annuar berkata keputusan memberi ganjaran dalam bentuk aset kepada pemain membolehkannya menjadi kenangan seumur hayat berbanding wang tunai. Hadiah tersebut pastinya akan dikenang sampai bila-bila oleh semua barisan pemain Red Warriors sekiranya mereka berjaya merangkul kejuaraan treble musim 2012 ini.

Menurutnya, ganjaran yang bakal diberikan bertindak sebagai motivasi dalam usaha Kelantan mencipta sejarah baharu bola sepak negeri itu untuk merangkul tiga piala dalam satu musim.

"Peluang untuk merangkul tiga kejuaraan semusim barangkali tidak selalu datang, mungkin sekali dalam 100 tahun.

"Kadang-kadang kita menang satu piala tetapi kali ini adalah peluang untuk kita menguasai semua kejuaraan yang ada dalam bola sepak negara.

"Justeru, KAFA bersetuju untuk memberikan para pemain ganjaran yang mereka boleh kenang sampai bila-bila.

"Ia melibatkan peruntukan bernilai hampir RM2 juta," katanya.

Katanya, ganjaran kini bukan lagi dalam bentuk wang kerana para pemain sudah mendapat banyak insentif daripada segi wang ringgit dan pihak pengurusan mahu memberikan sesuatu yang lebih bernilai sesuai dengan pengorbanan yang mereka lakukan.

"Apa yang kita fikirkan adalah untuk kebaikan para pemain kerana ramai pemain yang belum memiliki rumah, keluarga mereka belum memiliki rumah dan ada yang masih menyewa. Saya fikir ini juga baik untuk pemain-pemain muda terutamanya untuk memiliki aset.

"Saya juga suka untuk menasihati pihak-pihak yang ingin menyumbang kepada pemain supaya merujuk kepada KAFA agar pengurusannya menjadi lebih baik dan teratur," ujarnya.

Sumber: BERNAMA [15/10/2012], Kosmo [16/10/2012], Utusan

pix_gal0

Ganjaran tunai umrah

Semua pemain skuad bola sepak Kelantan diberi ganjaran menunaikan umrah oleh kerajaan negeri sempena kejayaan The Red Warriows memenangi Piala Malaysia 2012. Ganjaran itu diumumkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob kepada pemberita selepas Mesyuarat EXCO negeri. [BHarian ~ 2012/10/24]

“Bagi pemain yang bukan beragama Islam, mereka akan diberi ganjaran wang tunai,” katanya sambil menambah pemain akan menunaikan umrah, tahun 2013 depan.

Ini adalah kali kedua kerajaan negeri memberi ganjaran dalam bentuk mengerjakan umrah selepas 2010 apabila TRW memenangi Piala Malaysia buat kali pertama.[BHarian ~ 25/10/2012]

Pengurusan Baru Kelantan

Dalam perkembangan lain, Annuar memberitahu, Kafa akan melangkah setapak lagi ke hadapan musim hadapan apabila pasukan Kelantan akan diuruskan oleh sebuah syarikat yang berdaftar iaitu The Red Warriors.Com.

Katanya, langkah tersebut bertujuan untuk memperkasakan lagi pasukan dan akan diuruskan oleh seorang ketua pegawai eksekutif yang akan mempunyai pengalaman luas dalam dunia bola sepak sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

“Pengurusan Kafa tidak boleh dibuat secara sambilan, jadi sebab itulah kita menubuhkan syarikat ini bagi memudahkan sistem pengurusan dijalankan secara sempurna.

“Syarikat ini akan berpangkalan di Kuala Lumpur yang akan menguruskan pelbagai aspek termasuklah penajaan dan barangan cenderamata. Ini adalah salah satu pembaharuan yang dibuat dalam memperkasakan lagi The Red Warriors.

“Begitu juga dengan penajaan bagi musim hadapan. Untuk musim hadapan kita akan mencari penajaan yang mempunyai misi global seiring dengan jenama The Red Warriors yang beraksi di peringkat antarabangsa,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, hampir semua pemain Kelantan akan kekal bersama pasukan untuk saingan liga musim 2013 hadapan.

Sumber: Kosmo [11/10/2012]

1 comments:

baby comel berkata...

tahniah utk rakyat kelantan.. menang byk tittle tu thn ni =)
~best kan dpt tanah.. huhu,