08 November 2012

Guru Ijazah Naik Gred Tanpa Temu Duga



Calon-calon guru berprestasi cemerlang pada tahap akademik dan iktisas akan dilantik terus selepas menamatkan pengajian mereka tanpa melalui proses temuduga.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) juga turut bersetuju untuk melantik guru cemerlang, guru besar cemerlang dan pentadbir cemerlang ke Gred DG-41 tanpa ditemuduga selepas mereka memperoleh ijazah, sama ada separuh masa atau dibawah Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ).

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri berkata, guru berkenaan boleh memohon terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk dikecualikan daripada proses temu duga. Sistem tersebut akan dilaksanakan mulai tahun 2013 depan.

Muhyiddin turut mengumumkan calon guru yang berprestasi cemerlang pada tahap akademik dan ikhtisas selepas menamatkan pengajian juga akan dilantik terus tanpa proses temu duga sebagai guru pelatih mulai tahun 2013 depan.

Bulan Oktober 2012 lepas, beliau mengumumkan bahawa calon guru yang bakal dipilih ialah 30 peratus dalam kalangan mereka dengan keputusan 9A dan berminat dalam bidang perguruan.

Sumber: UtusanKosmo  [07/11/2012]

0 comments: