19 November 2012

Murid Autisme Berjaya Peroleh 5A, UPSR 2012


Tahniah Kepada Pelajar UPSR 2012 Yang Berjaya Mencapai 5A.

Siapa sangka seorang murid yang mengidap Sindrom Autisme mampu melakar kejayaan dengan memperoleh 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan pada Isnin 19/11/2012.

Murid istimewa itu, Muhammad Fikri Sabri, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Biram, Pekan, Pahang menjadikan kata-kata semangat ibu bapnya sebagai azimat untuknya mengejar kejayaan.

"Mak saya kata, kalau pergi sekolah, ada telinga dengar, ada mata pandang ada mulut diam. Ini rahsia besar tau. Tumpu perhatian masa guru tengah mengajar. Itu perkara biasa bagi murid. Lepas tu sentiasa ulang kaji," katanya. [Sumber: Bernama, 19/11/2012]

Baca Juga:
1. Fakta Tentang Anak Autisme
2. Hari Ungu Anak Autisme


Sementara itu ......


"5A !" laung pelajar-pelajar ini yang berjaya beroleh pencapaian '5A' dalam UPSR 2012.

Peratusan lulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mendapat semua A pada tahun ini menurun kepada 8.94 peratus iaitu sebanyak 45,054 orang berbanding 46,012 tahun lepas.

Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan, Dr. Naimah Ishak berkata, penurunan yang dicatatkan untuk tahun ini adalah sebanyak 0.54 peratus daripada seramai 503,928 calon yang menduduki peperiksaan itu.

Katanya, pencapaian secara keseluruhan calon juga menurun sebanyak 0.01 mata Gred Purata Nasional (GPN), iaitu daripada 2.30 pada tahun lepas kepada 2.31 tahun ini.

Peratusan calon berkeperluan khas yang mendapat semua A meningkat daripada 17 orang pada tahun 2011 lepas kepada 25 orang tahun 2012 ini.

"Kesemua 25 calon itu terdiri daripada tiga calon buta, tujuh calon rabun dan 15 calon lain -lain kecacatan. Peratusan calon berkeperluan khas yang mendapat pencapaian Baik juga meningkat sebanyak 0.44 peratus daripada 218 orang tahun lepas kepada 295 tahun ini," kata Dr. Naimah. [Sumber: Utusan, 20/11/2012]

1 comments:

Ku Syida berkata...

Alhamdulillah...Tahniaaahhh buat adik ni....