30 Januari 2013

Kenali Anak Istimewa Autisme

Ini adalah kali ketiga saya berkongsi maklumat berkaitan Autisme. Individu Autisme tergolong dalam kumpulan manusia istimewa dalam kumpulan Individu Bermasalah Pembelajaran. 

Kanak-kanak yang menunjukkan symptom ini akan ditempatkan di dalam Kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.

Perkataan Autisme begitu asing bagi diri saya sehinggalah apabila anak sulung saya disahkan oleh pakar pediatrik sebagai individu Autisme ketika dia berumur 7 tahun. 

Disebabkan kurangnya pendedahan dan barangkali juga kurang peka terhadap sebaran maklumat maka saya terpaksa menunggu 7 tahun untuk mengetahui keadaan sebenar yang dialami oleh anak saya walaupun dia telah menunjukkan simptom Autisme sekian lama.



BUKAN semua ibu bapa diberikan peluang memperoleh dan menjaga anak istimewa. Bagi ibu bapa berpelajaran, mudah bagi mereka mendidik dan mengenal pasti anak istimewa berdasarkan bantuan pakar atau Pusat Kreativiti Kanak-kanak.

Namun, bagaimana pula nasib ibu bapa yang kurang pengetahuan mengenai anak istimewa dan tidak mampu membelanjakan sejumlah wang untuk mengenalpasti punca penyakit anak mereka?

Anak istimewa atau autisme bermaksud satu gangguan apabila kanak-kanak mempunyai kesukaran untuk berinteraksi sosial dan berkomunikasi.


Biasanya, kanak-kanak autisme mengalami tingkah laku terhad dan berulang-ulang. Simptom mudah ini mula ditunjukkan oleh anak istimewa pada peringkat umur tiga tahun.

Setiap simptom ditunjukkan kanak-kanak istimewa adalah pelbagai dan ada antaranya berbeza bergantung kepada tahap autisme kanak-kanak berkenaan. Justeru, tidak hairanlah jika ada kanak-kanak mempunyai simptom yang ringan dan ada juga antaranya, mempunyai simptom yang lebih berat.

Autisme boleh disamakan seperti sekaki payung berwarna-warni. Setiap pilihan warna mewakili simptom yang berbeza.

Kanak-kanak autisme boleh mengalami sebahagian simptom autisme atau berisiko menghadapi kesemua simptom Autism Spectrum Disorder’.

Ada tiga kategori gangguan Autisme iaitu:

* Autistic disorder (dikenali sebagai Klasik Autisme)
* Sindrom Asperger (dikenali sebagai Atypical Autisme)
* Pervasive Developmental Disorder (tiada spesifikasi tertentu sama ada disebabkan Childhood Disintegrative Disorder dan sindrom Rett)

Kaedah bantu keupayaan

Untuk makluman, sehingga kini masih belum ada ubatan atau rawatan untuk mengubati autisme.

Bagaimanapun, ibu bapa boleh mengamalkan beberapa kaedah untuk membantu anak autisme dalam kehidupan seharian serta memaksimumkan keupayaan pembelajaran.

Langkah pertama iaitu mengenal pasti tanda pelakuan pada watak atau karakter anak autisme.

Antaranya ;

* Mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau.

* Kesukaran berinteraksi antara tanda utama dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Sejak bayi lagi, anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi tindak balas atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme kelihatan seperti anak normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.

* Kanak-kanak Autisme gagal bertindak balas apabila nama mereka dipanggil, tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi, kesukaran menafsir pemikiran dan perasaan orang lain.

Ia berikutan mereka kurang sensitif terhadap ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka.

Tidak suka dipeluk

Kanak-kanak Autisme lebih gemar melakukan perbuatan berulang-ulang seperti berpusing, menghayunkan badan atau melakukan aktiviti berbahaya seperti menggigit atau menghantukkan kepala. Selain itu, mereka lebih lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka.

Dalam perbualan juga, mereka lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakan kata ganti diri ‘saya’ atau ‘aku’. Ciri pelakuan lain yang boleh diperhatikan adalah mereka tidak pandai berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bermain.

Justeru, ada antara mereka menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu cerita dan kebanyakannya tidak berminat berkongsi cerita bersama rakan perbualan.

Mereka kurang sensitif kepada rasa sakit namun lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti yang kuat ini adalah jawapan mengapa mereka tidak mahu dirangkul atau dipeluk individu lain.

Kepada ibu bapa, sekiranya anak kita menunjukkan simptom autisme seperti di atas, jangan berlengah sebaliknya segera membawanya berjumpa doktor.

Oleh: Nadia Hamid
Sumber: BHarian


Ibu bapa perlu tahu gangguan dihadapi kanak-kanak

INFO AUTISME

Disifatkan sebagai kurang upaya sepanjang hayat yang menghalang perkembangan pembelajaran, komunikasi, bahasa, emosi dan sosial kanak-kanak. Ia biasanya muncul dalam tempoh 30 bulan pertama kehidupan insan.

Autisme berbeza antara kanak-kanak dan dari semasa ke semasa. Simptom yang biasa dialami ialah masalah tidur, makan dan masalah pergi ke tandas, memudaratkan tingkah laku sendiri, suka melakukan sesuatu secara berulang-ulang dan tingkah laku stimulatory. (self-stimulatory behavior).

Penghidap autisme mempunyai pelbagai keupayaan intelek. Selalunya, mereka boleh menunjukkan kebolehan luar biasa dalam kemahiran matematik, mekanikal, muzik, menghafal dan sebagainya.

Statistik menunjukkan seorang dalam setiap 150 kanak-kanak yang lahir mempunyai autisme tipikal. Bilangan kanak-kanak dengan autisme amat mengejutkan bila ia meningkat sebanyak 30 peratus dalam tempoh tiga tahun lalu.

Faktor Autisme:

* Autisme berlaku tanpa mengira sempadan etnik, masyarakat, status sosial ekonomi, latar belakang pendidikan dan gaya hidup. Tiada punca sebenar kenapa ia berlaku.

* Empat kali lebih kerap berlaku kepada lelaki berbanding perempuan.
* Kenapa masyarakat perlu ambil berat

* Autisme berlanjutan sepanjang hayat. Ia mempengaruhi setiap aspek kehidupan manusia, malangnya hingga kini belum ada penawar ditemui.

* Satu dalam setiap 150 orang kanak-kanak lahir mempunyai autisme tipikal.
* Satu dalam setiap 100 kanak-kanak mempunyai gangguan dalam spektrum autistik.



NASOM

Ditubuhkan 1986 oleh sekumpulan ibu bapa dan profesional. Didaftarkan, 3 Mac 1987, sebagai pertubuhan kebajikan sukarela kebangsaan dan bertujuan menyediakan pendidikan, bantuan, jagaan dan perlindungan bagi anak autisme dan ahli keluarga mereka.

NASOM menubuhkan 14 Program Intervensi Awal dan tiga Program Vokasional bagi orang yang disengajakan dengan autisme di Malaysia.

Mempunyai misi menyokong hak orang autisme dan memberikan peluang mereka belajar dan menjalani kehidupan yang produktif dan memuaskan.

Antara matlamat penubuhannya untuk mengenal pasti dan menggalakkan rawatan, pendidikan, kebajikan dan penerimaan orang autisme; mengawasi dan melindungi orang autisme; memberi bantuan dan nasihat kepada keluarga menghidap autisme dan menjadi sumber berguna dalam kajian penyelidikan dan pembangunan kaedah, terapi, rawatan autisme serta masalah berkaitan.

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
Sumber: BHarian



Autism Signs and Symptoms that Parents Should Know:

* does not respond to his/her name.
* cannot explain what he/she wants.
* language skills are slow to develop or speech is delayed.
* doesn't follow directions.
* at times, seems to be deaf.
* doesn't point or wave "bye-bye."
* used to say a few words or babble, but now doesn't.
* throws intense or violent tantrums.
* has odd movement patterns.
* is overly active, uncooperative, or resistant.
* doesn't know how to play with toys.
* doesn't smile when smiled at.
* has poor eye contact.
* gets "stuck" doing the same things over and over and can't move on to other things.
* seems to prefer to play alone.
* gets things for him/herself only.
* is very independent for his/her age.
* does things "early" compared to other children.
* seems to be in his/her "own world."
* seems to tune people out.
* is not interested in other children.
* walks on his/her toes.
* shows unusual attachments to toys, objects, or schedules
(i.e., always holding a string or having to put socks on before pants).
* spends a lot of time lining things up or putting things in a certain order.

Source: Filipek et al. (1999). Screening and diagnosis of autistic spectrum disorders. Journal of Autism and Developmental Disorders, 29(6): 439-484.

Source: Youtube

Baca Juga:
Hari Ungu Anak Autisme
Fakta Tentang Anak Autisme

4 comments:

MyFreeMinded berkata...

Tak pernah ambil tahu, shame on me..

Dayang Deno berkata...

anak autisme ni sgt istimewa.. di sebalik keistimewaannya tu, ada kelebihan yg tersembunyi :)

Murni berkata...

info yang berguna. terima kasih.

Ummu Raja berkata...

Puan, anak sy juga disahkan mild autism. blh sy share info ni dlm blog saya?