19 Januari 2013

Panda China Ditempatkan Di Zoo Negara Pada Mei 2014

Tidak sabar rasanya menanti kehadirannya di Muzium Negara ...
Pastinya rakyat Malaysia yang lain pun sedemikian ...
Ingin melihat kecomelan beruang panda dengan mata kepala sendiri ...


Zoo Negara Bakal Terima Dua Panda Gergasi Dari China Mei 2014

Zoo Negara bakal menaikkan reputasinya sebagai destinasi tarikan pelancong apabila sepasang beruang panda gergasi dari China, Fu Wa dan Feng Yi, ditempatkan di situ bermula Mei 2014.

Sebelum ini pasangan panda ini dirancang untuk ditempatkan di Taman Wetland, Putrajaya. Zoo Negara dipilih sebagai lokasi penempatan kedua-dua beruang berkenaan kerana ia merupakan tempat paling sesuai berbanding Taman Wetland, Putrajaya.


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata Kabinet membuat keputusan itu setelah mendapat maklum balas pelbagai pihak dan meneliti segala keperluan untuk penempatan kedua-dua panda berkenaan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah berkata, untuk tujuan itu, pembangunan eksibit khas bagi menempatkan panda berkenaan akan dimulakan pada Jun ini di Zoo Negara dan dijangka siap sepenuhnya April 2014.

"Ekshibit Giant Panda yang bakal dibina ini mempunyai keluasan 1.6 ekar (0.64 hektar) akan dilengkapi suhu kurang daripada 24 darjah Celsius dan mempunyai kemudahan yang menyamai habitat asalnya," katanya semasa lawatan kerjanya ke Zoo Negara.

Kata Uggah kos pembinaan ekshibit dianggarkan RM25 juta dan RM15 juta daripadanya akan ditanggung oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala selebihnya oleh kerajaan.

Malaysia akan menerima sepasang beruang panda gergasi menerusi perjanjian kerjasama konservasi antarabangsa panda gergasi yang ditandatangani dengan China pada 15 Jun 2012.

Program kerjasama itu merupakan simbol ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China yang akan diraikan pada tahun 2014. Beruang panda gergasi, Fengyi dan Fuwa dianggap menjadi lambang persahabatan antara Malaysia dan China.

Baca Juga:
1. Panda Gergasi
2. Panda China Ditempatkan Di Zoo Negara Pada Mei 2014 
3. Buluh Khas Untuk Beruang Panda Di Zoo Negara
4. Malaysia-China Memeterai Perjanjian Pinjam Panda Gergasi

Sumber: KosmoBernama [16/01/2013]

1 comments: