20 Januari 2013

Pendakap Gigi Murah Penyebab Kanser Usus

Di awal kemunculan pendakap gigi (braces), individu yang memakainya cenderung berasa rendah diri dan dilemparkan dengan pelbagai gelaran seperti 'gigi besi', 'gigi buruk', 'rel keretapi' dan sebagainya.

Namun keadaan sudah berubah apabila pemakaian pendakap gigi kini menjadi trend anak muda kerana pilihan getahnya yang berwarna-warni. [ Utusan ]

Pendakap gigi kini boleh juga dijadikan sebagai aksesori penghias gigi. Dengan wujudnya pendakap gigi yang murah di pasaran, semua anak muda mampu memakainya.


Berhati-hati dengan pendakap gigi tiruan yang ditawarkan dengan harga murah.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli pendakap gigi menerusi internet yang dijual murah kerana banyak produk seumpama itu tidak diiktiraf pakar pergigian kerana mengandungi plumbum yang boleh menjadi punca penyakit kanser usus.

Peringatan itu dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hasil kajian awal kementerian terhadap kegiatan penjualan pendakap gigi di pasaran dalam talian.


Menurutnya, pendakap gigi semakin popular terutama dalam kalangan remaja bukan kerana fungsi mencantikkan gigi tetapi lebih kepada trend atau fesyen semasa.

"Kalau mahu mencantikkan gigi, orang ramai perlu mendapatkan nasihat doktor dan menggunakan pendakap gigi yang diiktiraf oleh pakar pergigian," katanya.


GAMBAR 1 menunjukkan pendakap gigi tulen yang berfungsi meluruskan semula struktur gigi sementara gambar 2, 3, dan 4 pula contoh set tiruan yang kini menjadi fesyen dengan dipasarkan dalam pelbagai warna. 

Tiong Lai juga berkata, kerajaan boleh menyekat atau mengawal penjualan pendakap gigi namun tidak boleh mengawal pembelian menerusi internet.

Angkasawan Negara yang juga doktor gigi, Mejar Dr. Faiz Khaleed ketika dihubungi semalam menganggap amalan memakai pendakap gigi yang dibeli melalui internet berbahaya dan merugikan diri sendiri.

"Pendakap gigi berkualiti diperbuat daripada keluli tahan karat manakala peralatan sama yang dijual di internet tidak diketahui asal usulnya," kata beliau.

Walaupun kos memasang set pendakap gigi di klinik boleh melebihi RM4,000, harga bagi set yang mempunyai pelbagai corak di internet hanya RM150 hingga RM170 sepasang.

Baca Juga: Pendakap Gigi (Braces) Tidak Lagi Memalukan

Sumber: Kosmo

3 comments:

MyFreeMinded berkata...

Tak tahu lak yang pendakap gigi pun ada tiruan. Baca paper tadi baru tau. Zaman dah berubah, pakai braces pun dianggap menarik, padahal saya dedulu pakai sememangnya terpaksa dan merasakan ianya sangat memalukan. :)

Sabella Mohamad berkata...

bahaya ni . memang skrg ramai yg pakai semata mata nak ikut trend je .hm

NoorNazuha berkata...

mungkin disebabkan harga pendakap gigi ni sgt mahal..jadi org guna shortcut, beli yg murah tanpa hiraukan keselamatan