Nuff Atas

06 Januari 2013

Terukir Di Bintang Versi Yuna dan Aizat



Terukir Di Bintang ~ Lagu ciptaan sepenuhnya dan nyanyian Yuna (Yunalis Zarai) layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL 27).



Bagaimanapun atas komitmen kerja-kerja berkaitan proses rakaman album terbarunya dengan penerbit David Foster di USA, Yuna tidak dapat menyanyikan sendiri lagu tersebut dalam pertandingan itu.

Akhirnya Yuna memilih Aizat Amdan untuk membawakan lagu tersebut dalam AJL 27 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam 6 Januari 2013.


Terukir di Bintang - Aizat [Anugerah Juara Lagu 27]


Persembahan Aizat yang bersahaja dengan gaya persembahan klasik ala Perancis berjaya menambat hati para penonton dan para juri. Tahniah kepada Aizat kerana mampu mempersembahkan lagu tersebut dengan baik sehingga akhirnya memenangi pertandingan Anugerah Juara Lagu 27 tersebut. Dengan kemenangan itu, pemenangnya membawa pulang wang tunai RM35,000 dan trofi.

[Barangkali ... Itulah tuah misai kasanova Aizat pada malam tersebut ... Ada orang yang mempertikaian sama ada misai tersebut asli atau palsu ... ]

Yuna-Terukir Di Bintang (Semifinal Muzik Muzik)


Tahniah juga buat Yuna kerana berupaya mencipta lagu yang menarik ini.

Sejarah Penglibatan Yuna Dengan Juara Lagu

PENYERTAAN penyanyi bertaraf antarabangsa, Yunalis Zarai atau Yuna di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 2009. Menerusi AJL ke-24 (AJL 24) tersebut, dia tampil dengan lagu popularnya, Dan Sebenarnya.

Sukses meraih gelaran naib juara AJL 24, Yuna seterusnya beraksi di pentas AJL pada tahun 2010 pula menerusi lagu Cinta Sempurna. Tahun berikutnya iaitu pada 2011, Yuna sekali lagi tercalon dalam AJL dengan mempertaruhkan lagu Gadis Semasa dan Penakut. Namun, lagu ciptaannya itu tidak berjaya dinobatkan sebagai lagu terbaik.



Bagaimanapun pada tahun ini, Yuna yang tercalon sekali lagi dalam AJL menerusi lagu hit, Terukir Di Bintang secara tiba-tiba menarik diri seminggu sebelum AJL ke-27 (AJL 27) berlangsung kerana bertembung dengan jadual rakaman album baharunya. [Kosmo]

______________________________________________________________________

Lirik: Terukir Di Bintang ~ Yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

______________________________________________________________________

AJL27: Aizat kecewa dipalit kontroversi

INFO: Pemenang/Hadiah AJL27

* Juara - Terukir Di Bintang (Trofi dan wang tunai RM35,000)
* Naib Juara - Idola (Trofi dan wang tunai RM15,000)
* Tempat Ketiga - Ku Akui (Trofi dan wang tunai RM12,000)
* Persembahan Terbaik - Black & RJ (Trofi dan wang tunai RM10,000)
* Vokal Terbaik - Hafiz (Trofi dan wang tunai RM10,000)

0 comments: