Nuff Atas

15 Mac 2013

Calon SPM Dibenar Ambil Maksima 12 Subjek


Pelajar diberi kelonggaran ambil dua mata pelajaran tambahan

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diberi kelonggaran mengambil tidak lebih daripada dua mata pelajaran tambahan menjadikan jumlah keseluruhan dibenarkan adalah 12 subjek.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, berkata dasar mengehadkan jumlah maksimum 10 mata pelajaran dalam SPM diperkenalkan mulai 2010 lagi.

“Calon wajib mengambil mata pelajaran teras bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan mengenai dasar mengehadkan jumlah maksimum 10 mata pelajaran kekal bagi memastikan calon fokus dengan mata pelajaran teras.

Abd Ghafar berkata, calon boleh menambah dua mata pelajaran elektif antaranya Kesusasteraan Cina, Kesusasteraan Tamil, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Tasawwur Islam dan Pendidikan Seni Visual.

“Perkara itu termaktub dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2010 Pelaksanaan Dasar Mengehadkan Jumlah Maksimum Sepuluh (10) Mata Pelajaran dan Penambahan Dua (2) Mata Pelajaran Tambahan dalam Peperiksaan SPM (No. Ruj: KP(BPSH-SPDK)201/005/01/(37)) bertarikh 13 Januari 2010.

“Pelaksanaan dasar ini diguna pakai untuk peperiksaan SPM sejak ia diluluskan pada 2010,” katanya.

Oleh Nor Fariza Ramlan
Sumber: BHarian [2013/03/15]

0 comments: