02 Mei 2013

Prinsip Pareto: Peraturan 80/20



20% daripada sesuatu sentiasa akan bertanggungjawab atau mempengaruhi 80% daripada sesuatu keputusan atau penemuan. Inilah yang kemudiannya dikenali sebagai Pareto's Principle atau 80/20 Rule.

Pareto Theory diperkenalkan oleh seorang pakar ekonomi Itali yang bernama Vilfredo Pareto pada 1897 untuk menerangkan pembahagian kekayaan yang tidak seimbang di dalam negara. Beliau melihat 20% daripada rakyat memiliki 80% daripada jumlah kekayaan di dalam negara.

Kemudian, daripada penemuan yang dilakukan oleh Vilfredo Pareto, Dr. Joseph Juran iaitu seorang pakar "Quality Management" telah memperkenalkan pula satu prinsip yang boleh diterima pakai di seluruh dunia yang di panggil sebagai "vital few and trivial many".


Apa kaitannya dengan kehidupan dan kejayaan kita?

Kita sering percaya bahawa 50% daripada masa yang kita gunakan setiap hari untuk melakukan sesuatu kerja akan menyumbangkan 50% daripada pendapatan kita pada setiap bulan. Adakah ini benar?

Bagi yang menjalankan perniagaan pula, mereka membuat kesimpulan 50% daripada produk menyumbangkan kepada 50% keuntungan yang diperoleh pada setiap bulan. Adakah ini benar?

Tapi hakikatnya, para pengkaji telah mendapati bahawa secara puratanya,

* 20% daripada pelanggan yang akan menyumbangkan kepada 80% daripada jumlah keseluruhan pendapatan kita
* 20% daripada usaha kita yang akan menyumbangkan kepada 80% kejayaan dalam hidup kita
* 20% daripada jumlah penulis sesebuah syarikat penerbitan akan menyumbangkan kepada 80% daripada jumlah keseluruhan keuntungan syarikat tersebut.

Jadi, untuk berjaya, kita hendaklah menumpukan 80% daripada tenaga, usaha dan perhatian kita terhadap 20% perkara yang menyumbangkan kepada 80% daripada hasil yang bakal kita perolehi. 20% lagi masa bolehlah diperuntukkan kepada lain-lain perkara yang masih berbaki lagi 20%.

Untuk apa juga pekerjaan, sudah tentulah kita akan dinilai sama ada berkhidmat dengan cemerlang atau tidak berdasarkan beberapa kriteria. Jadi, inilah yang kita perlu fokuskan. Kenalpasti apakah aktiviti, produk, servis, kemahiran anda yang akan menyumbangkan 80% keuntungan atau manfaat kepada syarikat anda atau organisasi di mana anda sedang bekerja.

Setelah anda mengenalpasti perkara di atas, kini tumpukan perhatian, tenaga, masa dan wang ringgit untuk menambahbaik kesemua perkara tersebut. Lakukan yang terbaik berbanding rakan-rakan atau pesaing anda.

Sememangnya sangat banyak perkara untuk kita lakukan pada setiap hari tetapi kita haruslah bijak untuk memilih untuk menumpukan perhatian dan melakukan perkara yang akan memberikan kesan yang terbaik dan signifikan.

Perkara-perkara yang tidak produktif seperti menonton tv, melepak di kedai kopi, melayari Facebook tanpa arah tujuan hendaklah dikurangkan atau dihentikan sama sekali. Semua itu hanya mencuri 80% daripada masa yang kita ada dan tidak menyumbangkan apa-apa manfaat terhadap usaha kita untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.

Life is too short ! Kematian akan datang secara tiba-tiba. Manfaatkanlah sebaiknya sementara kita masih ada masa terluang dan dikurniakan kesihatan yang baik!

Oleh| KFADHLI
Sumber: http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1953-prinsip-8020.html

Prinsip Pareto Dalam Perniagaan

Pengagihan dikatakan terhasil dalam beberapa aspek berbeza berkaitan dengan keusahawanan dan pengurusan perniagaan. Sebagai contoh:

* 80% daripada keuntungan anda datang dari 20% jumlah pelanggan anda
* 80% daripada aduan datang dari 20% keseluruhan pelanggan anda
* 80% daripada keuntungan anda datang dari 20% peruntukan masa keseluruhan anda bekerja
* 80% daripada jualan anda datang daripada 20% jumlah produk anda
* 80% daripada jualan anda dibuat oleh 20% daripada kakitangan jualan anda

Oleh itu, banyak perniagaan mempunyai akses yang mudah kepada peningkatan dramatik keuntungan dengan memberi tumpuan dan penekanan kepada perkara-perkara yang sangat efektif (memberi kesan). Manakala perkara-perkara yang lain bolehlah dihapuskan atau diabaikan. Sebahagian kakitangan pula mungkin memerlukan latihan semula untuk meningkatkan kemahiran dan motivasi bekerja..

Sumber: Wikipedia

Saya cuba untuk mengaitkan Prinsip Pareto ini dalam hal pencapaian kemenangan sesuatu parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum. 

'80% kemenangan sesuatu parti yang bertanding datang daripada 20% ............................... ???

Bagaimana pun idea yang logik berdasarkan hal tersebut gagal saya hasilkan buat masa ini ...

Saya terfikirkan pernyataan yang berikut:

'80% kemenangan sesuatu parti yang bertanding datang daripada 20% jumlah undi'
~ Suatu pernyataan yang tidak menasabah tentunya.


'80% kemenangan sesuatu parti yang bertanding datang daripada 20% usaha kempen yang dilaksanakan'
~ Juga suatu pernyataan yang tidak menasabah kerana berdasarkan pengamatan saya kelihatan semua jentera parti melaksanakan kerja kempen mereka melebihi kapasiti 100%.


Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Barangkali anda boleh memberikan cadangan ...

1 comments:

Unknown berkata...

datang dari 20% usaha?mcm logik jugak tp mcm 80% akan hilang balik...mmm andaian sy je