22 September 2013

Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan



Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) mengumumkan penubuhan Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan seluruh negara. Pusat panggilan itu ditubuh bagi menyediakan bantuan segera kepada masyarakat umum yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Jelas kenyataan bersama yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM), penubuhan pusat panggilan itu merupakan usaha kolektif oleh syarikat-syarikat insurans dan pengendali takaful bagi membantu dengan lebih berkesan masyarakat umum yang terlibat dalam kemalangan.

Kata kenyataan tersebut, nombor pusat panggilan itu juga mudah diingati iaitu 1300-22-11-88.

Sumber: Utusan [18 Sept. 2013]

0 comments: