KONSEP tawaf bukan sahaja untuk ibadah haji bahkan juga boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian manusia kerana ia mampu mengimbangi sistem otak manusia.
DALAM arus kemodenan ini dan dengan peningkatan taraf pendidikan, ramai ibu bapa mulai sedar tentang kepentingan penggunaan otak kanan berbanding dengan hanya tertumpu pada otak kiri sahaja.
Atas kesedaran ini, banyak kajian telah dilakukan untuk meningkatkan penggunaan otak kanan, bermula seawal peringkat usia kanak-kanak.
Penggunaan otak kanan yang seimbang dengan otak kiri dapat membantu kanak-kanak mengoptimumkan potensi diri dalam proses pembelajaran dengan lebih berkesan.
Sehubungan itu, terapi berkonsepkan hukum pusingan tawaf telah dilaksanakan hasil daripada kajian berasaskan hukum pergerakan alam yang berputar arah lawan jam iaitu dari kanan ke kiri.
Antara ciptaan manusia yang telah menggunakan prinsip ini adalah radar, bom atom, barangan multimedia (seperti CD, VCD, DVD dan Blue Ray Player), piring hitam, kaset, kipas siling dan lain-lain. Jika ciptaan tersebut digunakan mengikut arah jam, ia tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Malah tanpa disedari, sukan lumba lari turut menggunakan konsep ini.
Kajian metafizik mendapati terapi jenis ini akan menghasilkan banyak tenaga dan kekuatan berbanding dengan pergerakan ikut arah jam.
Salah satu terapi yang mudah digunakan mengikut hukum ini adalah penggunaan jam tawaf. Melalui jam tawaf ini, pengguna akan dilatih dengan melihat susunan nombornya secara terbalik.
Keadaan ini akan mengimbangi sistem otak serta merangsang daya tumpuan seseorang. Keseimbangan kedua-dua hemisfera otak kiri dan kanan ini akan membantu pengawalan tekanan perasaan.
Hal ini akan meningkatkan daya keyakinan dan semangat kanak-kanak. Secara tidak langsung, ini akan mengekalkan potensi diri yang paling optimum. Kekuatan inilah yang akan menjadikan mereka lebih berjaya, malah luar biasa.
Oleh NURDILLA ZAINI,
Universiti Putra Malaysia
Sumber: Utusan
Jam tawaf makin popular
Arah tawaf
Pernahkah anda perhatikan pergerakan tumbuh-tumbuhan yang menjalar atau memanjat? Hampir ke semuanya bergerak (pucuk) melawan arah jam.
Begitu juga ibadah tawaf yang dilakukan di Baitullah (mengelilingi Mekah) juga dilakukan pada arah lawan jam. Pergerakan tawaf adalah pergerakan ke kanan (lawan arah jam).
Elektron yang mengelilingi nukleus dalam atom juga bergerak ke kanan dan ia melambangkan kebaikan sejagat. Malah pergerakan objek di angkasa lepas juga turut mengikuti arah tawaf.
Daripada sebesar-besar sebuah planet sehinggalah kepada sekecil zarah atom yang hanya mampu dilihat di bawah mikroskop.
Di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang jelas menerangkan secara saintifik bahawa sistem yang berada di angkasa lepas bergerak di atas orbit dan landasan masing-masing mengikut arah tawaf.
Bumi, bulan, bintang dan matahari beredar pada satu arah iaitu pada arah tawaf seiring dengan cara orang Islam melakukan tawaf di Kaabah.
Memulakan sesuatu menggunakan langkah kanan. Itu yang paling baik kerana dituntut dalam Islam kerana mendapat keberkatan.
Pergerakan ke kanan adalah perbuatan semula jadi. Dalam al-Quran, golongan yang akan dimasukkan ke syurga Jannah dipanggil ‘As-habul Yamin’ atau golongan kanan.
Begitu juga dengan darah di dalam tubuh badan kita yang beredar mengelilingi badan pada arah tawaf.
Inovasi jam tawaf
Menyedari pergerakan tawaf tersebut banyak memberikan manfaat termasuklah tubuh badan kita sendiri maka pihak Hijra Timepiece berjaya mempopularkan semula jam yang berpusing mengikut arah tawaf.
Di peringkat awal menggunakannya, sememangnya terasa agak janggal apabila cuba untuk membaca masa yang dipaparkan oleh jam tawaf kerana telah terbiasa dengan jam sedia ada.
Pergerakan jam arah tawaf tersebut bukanlah baru kerana ia telah digunakan oleh manusia sejak ribuan tahun dahulu. Bagaimanapun apabila pergerakan jam arah ke kiri diperkenalkan, budaya tersebut terus popular dan pergerakan jam arah tawaf tidak lagi digunakan.
Biarpun begitu, di sesetengah tempat, budaya menggunakan jam arah tawaf masih dikekalkan.
Katanya selain kembali kepada fitrah alam ia juga berkaitan dengan ajaran agama Islam itu sendiri yang menekankan bahawa fitrah itu sendiri membawa maksud kembali kepada Deen iaitu Islam.
Kebanyakan kita tidak sedar bahawa dengan menggunakan jam biasa sebenarnya menyebabkan terhasilnya satu getaran yang tidak seimbang pada badan kerana jam yang dipakai itu berputar bertentangan dengan fitrah alam.
Akibat getaran badan yang tidak seimbang menyebabkan seseorang itu mudah menerima anasir-anasir yang negatif dan seterusnya mendapat pelbagai jenis penyakit.
Penggunaan jam tawaf tersebut juga didakwa mampu menstabilkan semula tubuh badan manusia kerana elektron yang terdapat di dalam atom sesuatu itu berputar pada arah tawaf.
Oleh itu, getaran (vibration) jam tawaf secara tidak langsung akan menyeimbangkan tubuh badan si pemakai (otak dan tulang belakang).
Jam tawaf juga dikatakan mempunyai manfaat kesihatan dengan memberikan keseimbangan badan, ketenangan fikiran, mengasah bahagian otak sebelah kanan, membetulkan aura si pemakai serta sesuai dipakai oleh pesakit kanser kerana dipercayai dapat memusnahkan sel-sel kanser.
Jam yang menggunakan konsep ke kanan bagi mengembalikan keseimbangan fikiran dan peredaran darah dalam tubuh secara semula jadi. Jam ke kanan (anticlockwise) sepatutnya kita pakai kerana ia memberi manfaat yang banyak.
Malah, kajian yang dijalankan mendapati masyarakat Yahudi di Eropah menggunakan jam arah kanan ini sejak ratusan tahun lalu selepas menyedari manfaat yang diperoleh daripada penggunaan jam ini.
Berbanding konsep pusingan jam biasa, jam pusingan tawaf lebih baik kerana memberi peluang pengguna berfikir menggunakan kaedah otak kanan. Produk yang sedemikian dapat mendidik pengguna kembali kepada kaedah Islam yang mengutamakan konsep ke kanan.
Ini lebih praktikal kerana dalam Islam, kita sepatutnya memulakan sesuatu menggunakan langkah kanan kerana ia lebih mendapat keberkatan berbanding langkah kiri.
1. Sebagai pengimbang semula jadi setiap detik dan saat.
2. Menjadikan fikiran lebih tenang dengan penghantaran mesej tenaga secara tetap dan sekata.
3. Membantu mengawal rentak jantung.
4. Mengharmonikan sistem kelenjar.
5. Memenuhi falsafah hukum tujuh kuasa menguasai tenaga.
Untuk maklumat lanjut layari l Hijrah Timepiece di www.hijrahtimepiece.com dan facebook.com/HijrahTimepiece.
Sumber: Kosmo, Utusan, Hmetro
1 comments:
noted encik :)
Catat Ulasan