30 November 2013

Samsung Galaxy Tab 3 Kids ~ Tablet Untuk Kanak-Kanak

Dalam pada seorang pakar kanak-kanak memperkatakan tentang perkembangan psikomotor kanak-kanak akan terbantut akibat penggunaan skrin sesentuh ( lihat Baik dan Buruk Gadget Skrin Sesentuh), Samsung pula mengambil kesempatan ini untuk melancarkan tablet khas untuk kanak-kanak dengan tujuan memberikan pendidikan kepada mereka. 


Samsung Galaxy Tab 3 Kids.

PENGGUNAAN peranti seperti tablet atau telefon bimbit pintar kini bukan sahaja terhad kepada golongan dewasa malah turut mempengaruhi minat golongan kanak-kanak.

Justeru ada segelintir ibu bapa yang bimbang akan €˜ketaksuban anak-anak sehingga terlepas dari perhatian mereka.

Menyedari akan keluhan golongan ibubapa, Samsung Electronics sekali lagi menjadi peneraju pasaran gajet pintar dengan memperkenalkan peranti khusus untuk kanak-kanak berusia antara tiga hingga sembilan tahun.

Kini, ibu bapa tidak perlu khuatir apabila sebuah tablet khas untuk kanak-kanak telah memasuki pasaran dalam negara kita baru-baru ini.


Tablet tersebut dilancarkan syarikat Samsung Malaysia Electronics (SME) yang direka khusus untuk kanak-kanak berumur antara tiga hingga sembilan tahun.

Naib Presiden Teknologi Maklumat dan Komunikasi Mudah Alihnya, Ng Long Shyang berkata, pengenalan tablet itu berikutan kanak-kanak lebih kerap menggunakannya.

Spesifikasi 

Mempertaruhkan Galaxy Tab 3 Kids, Pengarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Mudah Alih Samsung Electronics Malaysia, Vincent Chong berkata, peranti tablet berskrin TFT 7 inci itu dikuasakan oleh pemproses teras berkembar 1.2 giga herz.

"Galaxy Tab 3 Kids diperkenalkan sebagai jawapan kepada kebimbangan ibu bapa terhadap pendedahan anak-anak kepada kandungan negatif alam siber.

"Peranti yang dipacu oleh sistem operasi Android 4.1 itu turut didatangkan dengan perisian kawalan Pengurus Aplikasi (Application Manager) dan Pengurus Masa (Time Manager) selain Antara Muka Pengguna (Graphic User Interface, GUI) yang mesra kanak-kanak," katanya ketika majlis memperkenalkan peranti tersebut di ibu negara baru-baru ini.

Tab 3 Kids mempunyai muatan dalaman sebesar 8 Gigabait dan menyokong penambahan memori dalaman dengan menggunakan kad MikroSD sehingga 64 Gigabait. Ia juga mempunyai antaramuka (interface) yang tersendiri. Aplikasi yang dimuat turun disusun dalam bentuk kad imbas dan terdapat watak-watak kartun bergerak mengikut pilihan pengguna.

Keseluruhannya, tablet berasaskan android ini membawakan cip pemprosesan dwiteras 1.2 gigahertz (Ghz), memori 1 gigabait. Ia juga mempunyai sambungan Wi-Fi, bluetooth 3.0 dan port USB 2.0.

Peranti yang mempunyai kamera hadapan 3 mega piksel dan belakang 1.3 mega piksel itu disertakan dengan bateri Ion Lithium berkuasa 4,000 mAh selain turut dibina dengan memori dalaman 8 gigabit (GB) yang disokong oleh 1 GB RAM.

Selain itu katanya, tablet tersebut turut didatangkan dengan Stylus C Pen dan sistem navigasi sentuh dan sapu (touch and swipe) yang mudah bagi membolehkan kanak-kanak menikmati pengalaman yang menakjubkan.

Dengan isi kandungan yang menjurus kepada sistem pembelajaran, Galaxy Tab 3 Kids ini diasaskan untuk belajar dan bergembira selain dapat membantu ibu bapa menghindarkan anak-anak daripada kandungan negatif alam siber.



"Tablet terbaharu ini dilengkapi kandungan berkonsepkan pendidikan, kreativiti dan permainan. Selain itu, terdapat lebih 600 aplikasi untuk kanak-kanak yang boleh dimuat turun menerusi Kid's Store," katanya pada sidang media pada majlis pelancaran tablet berkenaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ia diperbuat daripada plastik dan bahan bergetah selain dilengkapi dengan pen stylus C yang bersaiz besar. Sarung Tab 3 Kids berfungsi sebagai alat pemegang yang tahan lasak dan cukup tebal untuk menahan hentakan sekiranya tidak dipegang dengan baik. Pen stylus yang disertakan boleh disimpan di dalam alat pemegang yang sama.


MODEL cilik, Crystal Lee begitu teruja ketika mencuba tablet yang direka khusus untuk kanak-kanak ini.

Mengawal masa penggunaan

Selain itu, antaramuka kanak-kanak yang direka tampak menarik untuk digunakan. Fungsi mengubah antaramuka kepada antaramuka TouchWiz biasa untuk memudahkan ibu bapa menggunakan tablet tersebut. Ia tidak terhad untuk digunakan oleh si kecil sahaja. Lebih menarik lagi, ibu bapa juga boleh mengawal kad imbas yang dipaparkan pada skrin hadapan.

Galaxy Tab 3 Kids mempunyai skrin bersaiz 18 sentimeter. Ia turut hadir dengan Application Manager untuk membolehkan ibu bapa memantau dan mengawal aplikasi yang boleh diakses oleh anak-anak mereka.

Sebuah aplikasi dinamakan Time Management turut disertakan untuk membolehkan tablet tersebut dikunci secara automatik sekiranya digunakan melangkaui masa yang ditetapkan. Kemudahan ini memudahkan ibu bapa mengawal penggunaan tablet oleh anak-anak mereka.

Galaxy Tab 3 Kids ini sudah berada di pasaran dengan harga pengenalan RM799 dengan memperkenalkan satu warna ceria iaitu kuning cerah.

Bagi pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.samsung.com/my.

Sumber: KosmoUtusan

0 comments: