01 Disember 2013

Cara Betul Buang Ubat



Apakah cara pembuangan ubat yang betul?

Pembuangan ubat ke dalam sumber air melalui sinki atau tandas boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Loji kumbahan tidak berupaya merawat sisa kimia dalam air kumbahan dan ini boleh menyebabkan pencemaran sistem pengairan.

Sisa ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia larut air boleh memasuki sistem pengairan dan seterusnya membahayakan hidupan akuatik.

Oleh yang demikian, adalah dinasihatkan agar pesakit tidak membuang ubat berlebihan atau yang telah luput ke dalam sumber air. Sebaliknya pesakit disarankan agar memulangkan semula ubat tersebut ke hospital atau klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan agar pelupusan ubat boleh dilakukan dengan cara yang betul.

Sumber: Kosmo

0 comments: