05 Jun 2014

Keputusan Piala FA Malaysia 2014

Piala fa.jpg
Trofi ketiga Piala FA Malaysia ini mula digunakan pada edisi ke-23 (2012).

KEPUTUSAN PERLAWANAN

Final Piala FA Malaysia 2014

Tarikh Pelawanan: 7 Jun 2014
Pahang Vs Felda Utd (2 - 1)
Venue: Std Shah Alam
Jaringan Gol Pahang Oleh: Faizol Hussain dan Dickson Nwakaeme
Jaringan Gol Felda Utd Oleh: Edward Wilson



Catatan:
Tahniah kepada Pasukan Pahang atas kejayaan menjuarai Piala FA, 2014

Kejayaan tersebut sekali gus menamatkan penantian selama lapan skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu untuk membawa pulang Piala FA ke bumi Pahang. Kali terakhir Pahang menjulang Piala FA ialah pada tahun 2006.

Kejayaan itu juga membolehkan Pahang layak untuk beraksi dalam Piala AFC musim 2015. [Sumber: Kosmo]

-----------------------------------------------------------------------------

Separuh Akhir [Agregat]
1. Pahang Vs Johor DT (2 - 1)
2. Felda Utd Vs Kelantan (5 - 5)

Catatan: 
Felda Utd layak ke Peringkat Akhir berdasarkan peraturan 'kelebihan gol di tempat lawan'.

Separuh Akhir Kedua

Tarikh Pelawanan: 30 Mei 2014
1. Pahang Vs Johor DT (1 - 0)
Venue: Std Darul Makmur
Penjaring Pahang: Mohd Faizol Hussain

Tarikh Pelawanan: 31 Mei 2014
2. Felda Utd Vs Kelantan (2 - 2)
Venue: Std MP Selayang
Penjaring Felda Utd: Indra Putra Mahayuddin dan Mohd. Izuan Salahudin
Penjaring Kelantan: Francis Forkey Doe dan Edward Junior

Separuh Akhir Pertama

Tarikh Pelawanan: 5 Mei 2014
1. Johor DT Vs Pahang (1 - 1)
Venue: Std Larkin, Johor Bahru
Penjaring JDT: Luciano Figueroa
Penjaring Pahang: Matias Conti

Tarikh Pelawanan: 6 Mei 2014
2. Kelantan Vs Felda Utd (3 - 3)
Venue: Std Sultan Muhammad VI
Penjaring Felda Utd: Edward Junior Wilson, Indra Putra Mahyuddin, Mohd Khairul Ismail
Penjaring Kelantan: Francis Forkey Doe, Ahmad Fakri Saarani, Wan Zaharul Nizam

-----------------------------------------------------------------------------

Suku Akhir (Agregat)

1. Kedah Vs Johor DT (1 - 5)
2. Pahang Vs PDRM (3 - 2)

3. Sarawak Vs Felda Utd (2 - 2)
    Felda United mara ke separuh akhir menerusi kelebihan jaringan gol di tempat lawan
4. PKNS Vs Kelantan (5 - 6)

Suku Akhir Kedua
Tarikh Pelawanan: 18 Februari 2014

1. Kedah Vs Johor DT (0 - 2)
2. Pahang Vs PDRM (2 - 1)

3. Sarawak Vs Felda Utd (2 - 2)
4. PKNS Vs Kelantan (3 - 3)

Suku Akhir Pertama
Tarikh Pelawanan: 11 Februari 2014

1. Johor DT Vs Kedah (3 - 1)
2. PDRM Vs Pahang (1 - 1)

3. Felda Utd Vs Sarawak (0 - 0)
4. Kelantan Vs PKNS (3 - 2)

-----------------------------------------------------------------------------

Pusingan Kedua
Tarikh Perlawanan: 4 Februari 2014

1. Johor DT Vs T-Team [Keputusan Kemenangan Percuma Oleh FAM (3 - 0)],
Catatan: Perlawanan pada 1/2/2014 ditamatkan setakat separuh masa pertama setelah berlaku insiden kekecohan antara pegawai-pegawai pasukan. Skrol ke bawah untuk maklumat lanjut.
2. Kedah Vs Perlis (4 - 0)

3. PBAPP (Penang) Vs PDRM (0 - 2)
4. Lions XII Vs Pahang (1 - 2), [Tarikh Perlawanan 1/2/2014]

5. Selangor Vs Sarawak (0 - 1)
6. Sime Darby Vs Felda Utd (0 - 1)

7. PKNS Vs Terengganu (2 - 1)
8. Kelantan Vs Sabah (2 - 1)

JDT Menang Dan Layak Ke Suku Akhir

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan memberi kemenangan 3-0 kepada Johor Darul Takzim(JDT), sekali gus melayakkan pasukan itu ke peringkat suku akhir Piala FA.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin di Wisma FAM, pada 6 Februari, 2014. Keputusan itu dicapai selepas mengambil pertimbangan semua aspek termasuk keterangan daripada wakil kedua-dua pasukan, pegawai perlawanan dan pengadil.

"Kemenangan itu diberikan berdasarkan Peraturan 4.12.15b mengikut Peraturan Liga Malaysia 2013-2016 bahawa pasukan lawan dengan sengaja menarik diri dan gagal meneruskan perlawanan tanpa alasan yang kukuh.

Perlawanan antara JDT dan T-Team di Stadium Larkin, Johor ditangguhkan selepas separuh masa pertama apabila T-Team yang ketinggalan 1-2 tidak mahu meneruskan permainan babak kedua atas alasan keselamatan berikutan tercetusnya pergaduhan antara kedua-dua pasukan di lorong menuju ke bilik persalinan, selepas tamat separuh masa pertama. [BHarian]



Pusingan pertama
Tarikh Perlawanan: 21/01/2014
Sepak Mula Piala FA Malaysia Bermula ......

1. Johor DT ~ Mendapat Bye (Naib Juara Piala FA Malaysia 2013)
2. UiTM Vs T-Team (2 - 3)

3. Kuala Lumpur Vs Kedah (0 - 4)
4. Melaka Vs Perlis (1 - 2)

5. PBAPP (Penang) Vs Cebagoo (Sabah) (2 - 0)
6. PDRM Vs SPA (KL) (1 - 0)

7. Lions XII Vs DRB-Hicom (3 - 0)
8. Perak Vs Pahang (2 - 2), (Sepakan Penalti: 4 - 5)

9. Sarawak Vs Pulau Pinang (2 - 1)
10. Harimau Muda C Vs Selangor (0 - 2) [Tarikh Perlawanan: 22/01/2014]

11. Negeri Sembilan Vs Felda Utd (0 - 1)
12. Sime Darby Vs ATM (2 - 1)

13. Terengganu Vs Shahzan Muda (4 - 0)
14. PKNS FC Vs Johor (3 - 2)

15. Kuantan Vs Sabah (0 - 1)
16. Kelantan ~ Mendapat Bye (Juara Piala FA Malaysia 2013)

-----------------------------------------------------------------------------



Maklumat Umum

Piala FA Malaysia 2014 merupakan edisi ke-25 Piala FA Malaysia. Juara akan layak mendapat tempat dalam Piala AFC 2015.

Perlawanan pusingan pertama Piala FA 2014 secara rasminya akan membuka saingan pada 21 Januari 2014 dengan keseluruhan 30 pasukan berstatus kelab dan negeri.

Ia disertai daripada 12 pasukan Liga Super (termasuk Lions XII dari Singapura), 12 pasukan dari Liga Premier dan enam pasukan yang bermain di Liga FAM termasuk juga skuad pelapis negara, Harimau Muda C.

Undian telah diadakan pada 29 November 2013. Kelantan dan Johor Darul Takzim masing-masing juara dan naib juara Piala FA Malaysia 2013 mendapat bye dalam pusingan pertama

Sumber: WikipediaSokernet

0 comments: