12 Mei 2014
Tip-Tip Penjimatan Air Di Rumah
AIR adalah penting untuk kita setiap hari. Bagaimanapun kemarau yang berpanjangan dan luar biasa ini telah menyebabkan paras air empangan berkurang dengan cepat.
Kita semua perlu memikirkan semula cara kita menggunakan air setiap hari. Dengan mengikuti tip-tip jimatkan air di dalam rumah anda, anda boleh membantu menjimatkan air setiap hari:
Mencuci Pakaian
• Gunakan mesin basuh pakaian dengan muatan penuh sahaja untuk menjimatkan air dan tenaga.
• Pasang mesin basuh pakaian cekap air. Dapat jimat: 64 liter/cucian.
• Basuh pakaian gelap dalam air sejuk untuk menjimatkan air dan tenaga, dan membantu mengekalkan warna pakaian anda.
Dapur
• Hanya gunakan mesin pencuci pinggan mangkuk apabila telah penuh untuk menjimatkan air dan tenaga.
• Pasang mesin cuci pinggan mangkuk yang cekap tenaga. Jimat: 12-32 liter/sekali muatan.
• Pasang jidal pada pili dapur untuk mengehadkan aliran kepada kurang tiga liter per minit.
• Apabila mencuci pinggan mangkuk dengan tangan, jangan biarkan air mengalir. Isi satu sinki dengan air basuhan dan yang lain dengan air bilasan.
• Mesin mencuci pinggan mangkuk biasanya menggunakan air kurang daripada membasuh pinggan mangkuk dengan tangan.
• Jika pinggan anda adalah baru, kurangkan membilas.
• Rendamkan periuk dan kuali dan bukannya membiarkan air mengalir ketika cucian.
• Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuali air dan elakkan air mengalir dari paip.
• Jangan gunakan air yang mengalir untuk cairkan makanan. Nyahfros makanan dalam peti sejuk.
• Gunakan air paling sedikit yang mungkin dalam masakan. Ini juga membantu makanan mengekalkan lebih nutrien.
• Pilih saiz kuali yang betul untuk memasak. Kuali besar mungkin memerlukan lebih air daripada yang diperlukan.
• Jika anda secara tidak sengaja terjatuhkan kiub ais, jangan buang ke dalam sinki. Letakkan kiub ais tersebut di dalam pasu bunga atau pokok.
• Ambil air yang anda gunakan semasa membilas buah-buahan dan sayur-sayuran dan gunakannya untuk mengairi tumbuhan rumah.
Bilik Mandi
• Pasang pancuran mandi beraliran rendah. Dapat jimat: 10 liter.
• Kurangkan masa mandi daripada 10 minit kepada lima minit. Dapat jimat: 48 liter dengan pancuran mandian bertekanan rendah.
• Pasang jidal pada kepala paip bilik mandi. Jimat: 4.8 liter setiap orang/hari.
• Tutup paip air apabila menggosok gigi atau bercukur. Jimat: Kira-kira 40 liter/hari
• Pasangkan mangkuk tandas berkecekapan tinggi. Dapat jimat: 76 liter seorang/hari .
• Uji tandas anda untuk kebocoran sekurang-kurangnya sekali setahun.
• Letakkan pewarna makanan di dalam tangki tandas anda. Jika pewarna mengalir keluar tanpa curahan, ada kebocoran. Ia harus diperbaiki secepat mungkin.
• Pertimbangkan membeli tandas dwi-simbahan. Ia mempunyai dua pilihan iaitu simbahan setengah dan simbahan separuh.
• Rendamkan pisau cukur ke dalam secawan air dan bukannya membilas pisau cukur anda dengan air mengalir. Jimat sehingga 1,200 liter air sebulan.
• Tutupkan air semasa mencuci rambut anda dan jimatkan sehingga 600 liter sebulan.
• Apabila mencuci tangan anda, sila tutup paip air semasa anda menggosok tangan.
• Mandi air pancuran dan bukannya mandian rendam. Tab mandi boleh menggunakan sehingga 280 liter air.
Sumber: Sinar Harian [28 April 2014]
Labels:
Maklumat Umum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan