19 Julai 2014
Rekod Kes Pesawat Komersial Ditembak Jatuh
Pelancar peluru berpandu BUK mampu menembak pesawat pada keinggian 25,000 meter
Berdasarkan rekod sejak tahun 1970-an sehingga kini, 5 buah pesawat penerbangan komersial dilaporkan telah ditembak jatuh dan tragedi ini telah meragut ribuan nyawa.
Berikut ialah senarai pesawat penerbangan komersial utama yang ditembak jatuh sejak 40 tahun lalu:
* 21 Februari, 1973: Pesawat 114 Penerbangan Libya dari Tripoli ke Kaherah ditembak jatuh di Semenanjung Sinai oleh jet pejuang F-4 Phantom II Israel, mengorbankan 113 orang di dalam pesawat.
* 1 September 1, 1983: Sejumlah 269 penumpang dan kru pesawat 007 Penerbangan Korea terbunuh selepas pesawat ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Su-15TM Soviet berhampiran Pulau Moneron, barat Pulau Sakhalin Island, di Laut Jepun. Pesawat dalam penerbangan dari Anchorage ke Seoul.
* 3 Julai, 1988: Sebanyak 290 penumpang dan kru Pesawat 655 Penerbangan Iran terbunuh selepas pesawat ditembak jatuh peluru berpandu kapal Tentera Laut Amerika Syarikat USS Vincennes . Serangan berlaku di ruang udara Iran, di kawasan perairan Iran Teluk Parsi. Pesawat dalam penerbangan dari Tehran ke Dubai.
* 29 September, 1998: Pesawat Lionair LN 602 yang dikendalikan Antonov An-24RV terjatuh ke dalam laut di pantai barat laut Sri Lanka dalam keadaan misteri, membunuh 47 penumpang dan kru. Namun sesetengah laporan menyebut ia ditembak oleh pemberontak Pembebasan Harimau Tamil Eelam.
* 17 Julai, 2014: Pesawat MH17 Malaysia Airlines, dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di Ukraine. Sejumlah 298 orang berada di dalam pesawat.
Sumber: Bernama, Kosmo
Labels:
Maklumat Umum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan