Alicia Richman menjadi wanita pertama menderma 86 gelen susu badan kepada The Mothers' Milk Bank of North Texas.
Seorang wanita yang tinggal di North Texas diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai penderma susu badan terbanyak bagi membantu kanak-kanak malang.
Alicia Richman, 28 dari Granbury, menderma 86 gelen atau 325.3 liter susu badan di antara Jun 2011 dan Mac lalu kepada badan kebajikan The Mothers' Milk Bank of North Texas. Badan kebajikan tersebut membekalkan susu ibu kepada unit rawatan rapi neonatal.
Jumlah tersebut dianggap terlalu besar kerana seorang bayi yang baru lahir hanya minum susu kira-kira 88 mililiter sehari. Richman berkata, dia mengumpul susu badannya di mana-mana sahaja termasuk ketika bekerja dan bercuti.