24 Februari 2011

Pasir Gudang World Kites festival 2011



Suasana meriah permainan layang-layang dapat dilihat sepanjang penganjuran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang ke-16 yang berlangsung selama lima hari bermula sejak 16 Februari 2011 hingga 20 Februari 2011.



Festival berkenaan sebelum ini dikenali sebagai Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang diberi penjenamaan semula bermula tahun ini. Program itu merupakan anjuran Kerajaan Negeri Johor, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Jabatan Pelancongan negeri Johor dan Persatuan Pelayang Johor dan dimasukkan dalam Kalendar Rasmi Pelancongan Negeri Johor selain diiktiraf sebagai acara tahunan terbesar di dunia yang disertai oleh pelayang tempatan dan antarabangsa.



Dengan tema 'Mewarnai Langit' atau 'Colouring the Sky' yang membawa maksud festival yang memaparkan sukan dan budaya permainan layang-layang merupakan aktiviti pelancongan, rekreasi dan riadah yang memberikan keceriaan melalui warna-warni dan pelbagai bentuk layang-layang menghiasi langit.



Sejumlah 221 pelayang antarabangsa dari 30 buah negara mengesahkan penyertaan mereka. Antaranya Australia, New Zealand, Jepun, Perancis, Jerman, China, Amerika Syarikat (AS), England, Korea Selatan dan negara-negara ASEAN.












__________________________________________________________________________

Berikut adalah beberapa bentuk layang-layang yang pernah menyertai Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang pada tahun-tahun terdahulu:

 

 



 

 

 

http://www.volarho.org/images/versione2/Pasir%20Gudang%202006%20129%20.jpg



Sumber:
http://www.virtualmalaysia.com/
http://www.kosmo.com.my/

1 comments:

Shaiful Zaidi berkata...

bestnya tengok festival layang-layang...dulu kat Kedah pun ada festival yg sama...