15 Mac 2011

Peringatan: E-mel Palsu LHDN dan Borang Nyata Cukai Pendapatan

http://www.fathersez.com/wp-content/uploads/2009/04/logo_lhdn.jpg

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan ia mengeluarkan emel kepada pembayar cukai yang menyatakan mereka layak diberikan bayaran balik sebanyak RM700.

Emel itu adalah palsu dan aktiviti mencuri maklumat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menipu pembayar cukai.

Orang ramai yang menerima e-mel (HASIL ) yang meminta mereka klik kepada http://62.23.69.2/hasil.gov.my/index.php.htm dan mengarahkan pembayar cukai memberikan butiran diri dan nombor bank mereka, supaya tidak membukanya.


Aktiviti itu dikesan LHDN bermula semalam dan laman itu sudah dipintas dan ditutup. Ia percubaan ketiga untuk menipu pembayar cukai.

Setiap data dan maklumat pembayar cukai dijamin selamat dalam simpanan LHDN.

Orang ramai boleh merujuk kepada Pusat Khidmat Pelanggan LHDN di talian 1-300-88-3010 atau melalui emel callcentre@hasil.gov.my.

Sementara itu,

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa
penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2010 (BNCP 2010)
melalui e-Filing bagi Borang BE, B, M, P dan E boleh dilakukan mulai 1 Mac 2011.

Perkhidmatan ini boleh dicapai terus melalui laman web e-Filing https://e.hasil.gov.my atau melalui laman web rasmi LHDNM www.hasil.gov.my.

LHDNM menyeru semua pembayar cukai mengemukakan borang nyata cukai
pendapatan mereka segera dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan
kesesakan talian.

Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata bagi Borang BE, B, M, P dan E ialah:

1. Majikan (Borang E): 31 Mac 2011
2. Pendapatan Selain Perniagaan Individu Bermastautin (Borang BE): 30 April 2011
3. Pendapatan Selain Perniagaan Individu Tidak Bermastautin (Borang M): 30 April 2011
4. Pendapatan Perniagaan Individu Bermastautin (Borang B): 30 Jun 2011
5. Pendapatan Perniagaan Individu Tidak Bermastautin (Borang M): 30 Jun 2011
6. Perkongsian (Borang P) 30 Jun 2011

Sumber: Bharian  dan  LHDN

Kegagalan mengemukakan borang BE adalah satu kesalahan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 dan boleh dikenakan denda minimum RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. (Rujuk; BHarian)

0 comments: