19 Mac 2011

Bulan Paling Dekat Dengan Bumi

.

Gambar Di Atas: Buat pertama kali sejak tahun 1992, bulan yang besar (super moon) dapat dilihat pada titik kedudukan paling rapat antara bumi dan bulan di menara St. Michael di Glastonbury, England. Kelihatan beberapa pengunjung sedang berdiri berdekatan menara itu untuk melihat bulan yang hanya dapat dilihat dari jarak yang sangat dekat selepas dua dekad lalu. (Sumber: Kosmo)


.

Pada 19 Mac 2011 (Sabtu malam Ahad), bulan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi dalam tempoh 18 tahun. Iaitu pada kedudukan 356,577 kilometer (221,567 batu). Ahli Astrologi Richard Nolle memanggilnya sebagai "supermoon". Fenomena bulan yang sangat hampir dengan Bumi ini juga dipanggil sebagai ‘lunar perigee’ iaitu kedudukan yang bertentangan dengan ‘lunar apogee’ (bulan paling jauh dari Bumi). Jarak Paling Jauh Bulan Ke Bumi adalah 364,000 kilometer.

Supermoon dihuraikan sebagai bulan baru atau bulan penuh pada tahap kedudukan 90% sangat hampir atau lebih dengan bumi. Pada masa ini bulan akan kelihatan 14% bersaiz lebih besar dan bersinar dengan kecerahan 30% lebih cerah berbanding keadaan biasa.

.


Sumber: www.allvoices.com

p/s; Kebetulan cuaca malam ini agak baik di Temerloh. Maka semasa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas solat maghrib, saya terpandangkan saiz bulan yang besar dan agak cerah. Maka saya pun teringatkan artikel di atas yang telah saya baca berkaitan dengan jarak yang sangat hampir antara Bulan dan Bumi.

Kemaskini 6 Mei 2012


SEORANG lelaki berjoging ketika bulan penuh terbentuk di Taman Papago, Phoenix, Amerika Syarikat.

Penduduk Bumi dapat melihat imej bulan yang paling besar sepanjang tahun ini pada 5 Mei 2012. Keadaan itu berlaku apabila kedudukan bulan paling dekat dengan Bumi pada jarak 357,000 kilometer. Posisi tersebut adalah 24,600 kilometer lebih dekat daripada purata jarak Bumi dengan bulan.

Saintis Balai Cerap Tentera Laut AS, Geoff Chester berkata, pada kedudukan tersebut, bulan akan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada biasa. Menurutnya, fenomena itu yang dinamakan adibulan, akan menyebabkan kejadian air pasang besar ekoran jajaran Bumi dan bulan yang dekat.

Sumber: Kosmo

2 comments:

mommylavender berkata...

malam ni ker bulan lebih terang tu??? tapi cam gelap jer..mgkin faktor cuaca kot

Opah Kentang berkata...

malam tadi nmpk terang jugak bulannyer.
tapi disebabkan hujn mungkin tak nmpak dengan jelas la kot. :)