KAPAL pemusnah AS, Arleigh Burke melancarkan peluru berpandu Tomahawk (gambar kecil) ke arah Libya |
Awal pagi di Libya, 20 Mac, 2011, Tentera Amerika Syarikat dan Britain menembak sekurang-kurangnya 110 roket jenis Tomahawk ke arah Libya bagi melumpuhkan pertahanan udara rejim Presiden Muammar Gaddafi.
Roket Tomahawk itu dilancarkan oleh kedua-dua kapal perang dan kapal selam milik Amerika dan Britain ke arah 20 sistem penyelarasan pertahanan udara bersama dan kemudahan pertahanan pesisir Libya.
Roket pertama ditembak jam 1900 GMT diikuti serangan udara yang dilancarkan pesawat pejuang tentera Peranchis. (Rujuk :BHarian)
SEBAHAGIAN penunjuk perasaan anti-peperangan membawa sepanduk di sekitar Bandaraya Los Los Angeles, California, hari ini sempena memperingati ulang tahun kelapan peperangan Iraq serta mendesak bebaskan Libya daripada peperangan. - AFP |
Serangan udara tersebut dilakukan di beberapa kawasan di Tripoli dan Misrata, menyebabkan kemusnahan yang besar ke atas orang awam dan kemudahan asas. Tindakan biadap ini adalah bertenterangan dengan kehendakan rakyat Libya yang mahu gencatan senjata.
Ramai orang awam diaporkan cedera dan kini memenuhi hospital dengan pihak perubatan sedang bertungkus-lumus memberikan rawatan di tempat pengeboman. (Rujuk: BHarian)
Stesen televisyen Libya memetik tentera negara itu yang mengesahkan setakat ini 48 maut manakala 15 lagi cedera dalam serangan udara pertama tentera Bersekutu itu.
Serangan itu membabitkan sepanjang pesisir pantai barat dan timur terutama di bandar Zuwarah, Tripoli, Sirte dan Benghazi. (Rujuk: BHarian)
Serangan udara tentera Britain, Peranchis dan Amerika Syarikat (AS) awal pagi ini ke atas wilayah Libya diseleraskan menerusi ibu pejabat tentera AS di Jerman.
Sebahagian pasukan bersekutu itu membabitkan Emeriyah Arab Bersatu (UAE) yang menawarkan 24 pesawat jenis Mirage 2000-9 and F-16) dan Qatar antara empat dan lima pesawat 2000-5. (Rujuk: BHarian)
Presiden Libya, Muammar Gaddafi hari ini mengisytiharkan negara Mediterranean itu kini menjadi 'medan peperangan sebenar' berikutan serangan udara yang dilancarkan tentera Barat. Gaddafi mengutuk keras serangan tentera Bersekutu ke atas Libya yang disifatkannya sebagai 'tidak bertamadun'.
Serentak itu, beliau membuka depot simpanan senjata api untuk digunakan rakyatnya untuk mempertahankan negara itu. (Rujuk: BHarian)
Kesatuan Negara-Negara Afrika hari ini menuntut agar serangan yang dilakukan tentera bersekutu membabitkan Amerika Syarikat (AS), Britain dan Peranchis ke atas Libya, awal pagi 20 Mac 2011 dihentikan serta merta.
Mereka juga menuntut agar pihak berkuasa Libya memastikan orang awam diberi perlindungan dan bantuan. Kesatuan itu juga mahu agar rakyat asing dilindungi dan usaha mengeluarkan mereka dari Libya juga perlu dilakukan segera. (Rujuk: BHarian)
China melahirkan kekecewaannya terhadap serangan udara yang dilancarkan tentera Bersekutu ke atas Libya. Kerajaan negara itu menentang penggunaan ketenteraan dalam menangani masalah perhubungan antarabangsa. Negara itu amat menghormati kedaulatan, kemerdekaan dan keamanan di negara rantau Afrika itu.
Sementara itu, Russia turut mengeluarkan kenyataan yang sama dengan menuntut agar satu gencatan senjata dilaksanakan seberapa segera di Libya.(Rujuk: BHarian)
BERIKUT latar belakang dan spesifikasi ringkas roket Tomahawk yang digunakan tentera Amerika Syarikat dan yang terbaru digunakan dalam serangan udara dan laut tentera Bersekutu ke atas Libya.
Fungsi asas: Misil atau roket jarak jauh yang boleh dilancarkan dari udara dan laut untuk sasaran di darat.
Panjang: 18 kaki 3 inci (5.56 meter); Dengan pelancar kuasa (booster): 20 kaki 6 inci (6.25 meter)
Berat: 2,650 pound (1192.5 kg); 3,200 pound (1440 kg) dengan pelancar kuasa.
Ukur lilit: 20.4 inci (51.81 cm)
Saiz sayap: 8 kaki 9 inci (2.67 meter)
Jarak tembakan: Serangan darat 600 batu nautika (1,104 km)
Kelajuan: Tahap 'subsonic' 880 km sejam
Sistem Panduan: Inertial dan TERCOM
Tarikh pembuatan: 1983
Kos: AS$500,000 seunit
(Rujuk: BHarian)
P/S: Mari kita bersama-sama mengutuk dan melahirkan kekecewaan kita terhadap serangan pihak bersekutu barat ke atas rakyat Libya. Lebih-lebih lagi sebahagian besar mangsa yang menjadi korban adalah wanita, kanak-kanak dan para ulamak.
Bersama-samalah kita berdoa agar peperangan ini dapat ditamatkan dengan segera. Semoga keamanan dan kesejahteraan Libya pulih dan dikembalikan seperti biasa.
Amin Ya Rabbal Alamin...
1 comments:
tu la...kesian banyak nyawa orang ramai melayang,sayu tengok berita tadi. :'(
Catat Ulasan