27 Mac 2011

'Earth Hour' Malaysia 2011

Bergelap sejam tanda sokong Kempen 'Earth Hour'



26 Mac, 2011 (Sabtu); Beberapa mercu tanda di ibu negara, universiti, premis perniagaan dan syarikat korporat, pusat beli-belah termasuk stesen pengangkutan awam utama bergelap selama sejam pada malam 26 Mac sebagai tanda sokongan Kempen Earth Hour 2011.

Ini termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), Maybank, Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Plaza Alam Sentral, Sunway Giza Mall (Dataran Sunway Damansara), Planetarium Negara, Sunway Pyramid Stesen Sentral Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menyertai kempen menyelamatkan dunia daripada pemanasan global ini.

Mereka memadam lampu dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam sebagai simbol keprihatinan masing-masing terhadap isu pemanasan global dan perubahan iklim.



Menara Petronas Sebelum Jam 8.30

Earth Hour bermula pada 2007 di Sydney, Australia hasil cetusan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan pada tahun berikutnya, ia disertai 50 juta masyarakat di 35 negara.

Earth Hour adalah acara tahunan yang mengajak isi rumah serta pemilik syarikat memadamkan lampu serta peralatan elektrik selama sejam untuk memupuk kesedaran orang ramai mengenai isu perubahan iklim dan sebagai simbol betapa pentingnya mengekalkan kelestarian alam sekitar.

Pengarah Komuniksi Pemasaran PWTC, Fadzilah Said, berkata semua lampu yang tidak penting di bangunan itu termasuk di Menara Dato Onn akan dipadam selama sejam sempena kempen itu.


Menara Berkembar Petronas serta sebahagian besar bangunan dan pusat membeli-belah di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur bergelap selama sejam mulai pukul 8.30 malam.

Beliau berkata, sokongan yang diberi itu penting untuk menunjukkan betapa pentingnya bumi diselamatkan daripada mengalami kesan akibat perubahan iklim.

Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Sri Che Khalib Mohamad Noh, menerusi kenyataannya menjelaskan program Earth Hour sebenarnya lebih dari hanya aktiviti memadamkan lampu selama 60 minit.

“Bijak menguruskan tenaga di rumah adalah semudah memadamkan apa saja peralatan elektrik yang tidak diperlukan, selain bertukar kepada mentol dan peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga dan menetapkan suhu pendingin hawa pada bacaan di antara 22 hingga 26 darjah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ketua Pegawai Esekutif MRCB, Mohamed Razeek Hussain, berkata sebagai syarikat pemaju hartanah seperti Stesen Sentral dan Alam Sentral pihaknya bukan saja bertanggungjawab meningkatkan kesedaran mengenai pemanasan global tetapi memainkan peranan lebih proaktif dalam penerapan elemen yang boleh diguna secara berterusan dalam pembangunan hartanah.

Menara Petronas Sepanjang Kempen 'Earth Hour'.

“Sejak 2009 iaitu tahun pertama Earth Hour diraikan, MRCB sudah mula menerapkan elemen hijau dalam pembinaan projeknya dengan aplikasi mengikut standard pensijilan antarabangsa. Kami juga menggalakkan warga kerja MRCB untuk menyebarkan mesej sejagat ini secara lebih dekat lagi kepada anak-anak, rakan taulan dan saudara mara dalam usaha mewariskan sebuah dunia yang indah kepada generasi mendatang.

Sumber: bharian.com.my

Kempen ”Earth Hour” yang dijalankan di Planetarium Negara mendapat sambutan menggalakkan terutama dari kalangan generasi muda yang belum memahami apa yang dimaksudkan sebagai pencemaran cahaya.


Kebanyakan mereka yang datang ke Planetarium Negara di sini menyatakan rasa teruja untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan termasuk pencerapan matahari, lawatan ke balai cerap, tayangan filem mengenai sistem solar serta aktiviti ”Earth Hour Lantern”, ”Earth Hour Glow in the Dark” dan ”Light Shield”.

Ketua Pengarah Planetarium Negara, Dr. Mustafa Din Subari berkata, kempen yang diadakan oleh pihaknya bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar daripada kemusnahan akibat aktiviti harian manusia.

Sumber:  kosmo.com.my

p/s: Dalam menyertai kempen 'Earth Hour' tak semestinya dengan bergelap sambil memasang lilin. Tetapi menngunakan elektrik seminima yang mungkin. Hanya menggunakan elektrik mengikut keperluan. Sebagai contoh memasang lampu yang perlu sahaja, menutup kipas atau penyaman udara jika tiada sesiapa di bilik atau sesuatu ruang.

0 comments: