10 Mac 2011

Malaysia Ke Pusingan Kedua Kelayakan Olimpik 2012


PARA pemain Malaysia meraikan kejayaan mereka 
mara ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Malaysia mara ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 selepas seri tanpa jaringan menentang Pakistan pada perlawanan kedua, pusingan pertama yang berlangsung di Stadium Punjab, Lahore, Pakistan pada 9 Mac 2011.

Malaysia mara ke pusingan kedua dengan kelebihan agregat 2-0. Pada 23 Februari 2011, skuad anak buah Ong Kim Swee membawa bekal 2-0 apabila menewaskan Pakistan pada perlawanan pertama, pusingan pertama di Stadium Shah Alam. (Rujuk di sini).

Berkat usaha serta komitmen yang dipamerkan barisan pemain muda negara pada perlawanan tersebut ternyata telah memberikan sinar baru buat sukan bola sepak tanah air apabila peluang untuk beraksi ke temasya Sukan Olimpik 2010 di London kini terbuka luas.

Lawan Malaysia pada pusingan kedua akan ditentukan kemudian melalui undian pada 30 Mac ini di Rumah Persekutuan Bolasepak Asia (AFC), Bukit Jalil dan perlawanan kalah mati tersebut akan berlangsung pada 19 dan 23 Jun 2011.

Skuad negara berkemungkinan diundi bertemu sama ada Australia, Bahrain, China, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, Iraq, Lebanon, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan mahupun Vietnam.

Pada pusingan kedua, 13 negara yang menduduki kedudukan tertinggi Asia akan beraksi bersama 11 negara yang menang dari pusingan pertama dan 12 pemenang dari pusingan kedua akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dan akan bermain enam perlawanan bermula 21 Sept 2011 hingga 14 Mac 2012.

Pasukan yang menduduki tangga teratas dari setiap kumpulan secara automatiknya layak ke temasya itu di London.

Skuad bolasepak kebangsaan pertama kali layak ke pusingan akhir temasya sukan terbesar dunia itu pada Sukan Olimpik Munich, Jerman pada 1972 dan kali terakhir pada Sukan Olimpik Moscow pada 1980.

Malaysia bagaimanapun tidak beraksi di Moscow kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan pada ketika itu.

Pada kelayakan Olimpik Beijing 2007, Malaysia berada di tempat ketiga di belakang Syria dan Jepun dalam saingan peringkat kumpulan. BERNAMA.

p/s: Tahniah buat skuad bola sepak negara yang berjaya melepasi halangan di pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012. Semoga kejayaan terus dicapai. Semoga impian Harimau Malaya untuk beraksi di sukan olimpik menjadi kenyataan.

Sumber:
http://www.bernama.com.my/
http://www.kosmo.com.my/

1 comments:

p[A]n[A]d[O]L berkata...

congretz to Malaysia ^^