29 Mac 2011
Ujian Memandu Guna Transmisi Auto
Pelatih yang mahu mendapatkan lesen memandu akan dibenarkan menjalani latihan dan ujian menggunakan kenderaan transmisi automatik tidak lama lagi selepas kerajaan meluluskan penambahbaikan silibus kurikulum latihan memandu sedia ada yang menggunakan kenderaan transmisi manual.
Mereka yang lulus ujian menggunakan kenderaan gear automatik akan mendapat lesen yang mengandungi catatan khas sebagai lesen kenderaan automatik dan hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu saja, manakala yang memilih ujian manual boleh memandu kedua-dua jenis kenderaan.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata, kurikulum baru itu sudah siap sepenuhnya dan dijangka diperkenalkan tidak lama lagi selepas Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima peruntukan daripada kerajaan.
“Kerajaan mendengar permintaan orang ramai berikutan penggunaan kenderaan transmisi automatik semakin meluas di negara ini. Saya tidak menjangkakan institut memandu akan menghadapi masalah untuk menjayakan sistem baru itu nanti,” katanya.
Sumber: Bharian.
p/s: Kereta Auto senang nak dikendali... Terutama ketika dikendali semasa ujian memandu... Tapi harga kereta auto lebih mahal berbanding kereta manual...
Labels:
Maklumat Umum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan