10 April 2011

Identiti Blogger: Bro Vs Sis

http://roxanne-jones.com/images/images-Products/FS-Baby-Girl-Boy-Sc.jpg

Kadangkala apabila kita menziarahi sesuatu blog, kita akan terjumpa denga sesuatu blog yang tidak memaparkan identity tuan blog tersebut. Tidak ada gambar tuan blog, tidak dapat diramalkan jantina blogger berdasarkan nama tuan blog, tiada maklumat diri tuan blog pada entri atau sidebar.

Kadang kala kita atau barangkali sesetengah pelawat blog tersebut akan tertanya-tanya, tuan blog ni Bro atau Sis.

Sebenarnya tidak susah untuk mengetahui jantina tuan blog. Klik pada 'view my complete profile' di situ akan anda temui maklumat diri seperti nama, tempat bermastautin dan jantina.

Bagaimana jika 'view my complete profile' juga disembunyikan oleh tuan blog?


Saya tidaklah menjalankan kajian analitikal terhadap perkara ini. Berdasarkan kerja-kerja ziarah yang saya lakukan, saya membuat rumusan umum seperti berikut ini. Maaf terlebih dahulu jika rumusan yang saya buat tidak menepati ciri blog anda.



Ciri blog Bro.

1. Paling banyak gambar peribadi adalah sekeping untuk profil.
2. Menggunakan perkataan kau, aku, lu, guwa, bro sebagai ganti nama diri
3. Blog yang simple. Aksesori guna apa yang ada dalam template sahaja. Header asal ada sahaja. Sesetegahnya tak ada header pun.
4. Entri mereka jarang berkaitan aktiviti harian mereka. Tetapi banyak berkaitan dengan persekitaran dan isu semasa.
5. Bagi yang merahsiakan identity, akan meletakkan imej-imej objek dari persekitaran (seperti kereta atau lambang pasukan bolasepak yang diminati) atau watak-watak kartun (seperti spongebob).

Ciri blog Sis.

1. Meletakkan banyak pose-pose peribadi mereka, atau gambar anak-anak mereka menghiasi header atau side bar blog. Kadangkala pose diri terdapat dalam kebanyakan entri.
2. Menyebut nama (contoh: Nurul, Siti , dsb.) atau You dan I sebagai ganti nama diri.
3. Blog dipenuhi dengan aksesori yg berwarna-warni dan mempunyai banyak efek, seperti efek salji turun.
4. Entri mereka biasanya berkaitan aktiviti harian.
5. Bagi yang merahsiakan identity, mereka akan meletakkan imej-imej atau watak-watak perempuan cantik (contoh snow white).

Jika ada sebarang tambahan ciri-ciri blog yang boleh membezakan tuannya adalah Bro atau Sis, sila beri komen.

Berdasarkan ciri-ciri blog seperti yang tersenarai di atas, saya dapati bahawa kebanyakan blogger yang merahsiakan identity diri mereka adalah lelaki.



Saya tidak merahsiakan identity saya. Maklumat berkaitan tempat bermastautin, jantina dan gambar saya ada di dalam blog ini. Cuma tidak ditunjukkan secara terus. Tetapi saya percaya ada juga yang tertanya-tanya, Koding tu lelaki ke perempuan.

Kepada yang musykil tentang jantina Koding, Koding nak tanya satu soalan. Berdasarkan ciri blog Koding yang simple ni, anda rasa Koding Sis ke Bro?

4 comments:

Bawang Goreng berkata...

Salam...

Koding rasanya 'bro', tapi kadang-kala ada juga ciri-ciri 'sis' .... :)

Dulu ramai anggap BG 'bro', ada yg panggil 'akhi' tapi skrg dah letak gambor, so patut tak keliru lagi...

Tanpa Nama berkata...

alamak. berdasarkan entry ats nih mcm bro je. agagaga
ingtkan pmpuan. adehhhhh

KinosKoko berkata...

rasany koding ni sis la..

mykhalis berkata...

khalis datang ziarah