06 April 2011
Mesyuarat Oh Mesyuarat..
Jam sudah menunjukkan jam 12.30 tengahari. Aku dan lapan orang ahli mesyuarat termasuk ketua jabatan (atau bos selaku pengerusi mesyuarat) masih lagi berada di dalam bilik mesyuarat. Masih terdapat dua agenda yang belum dibincangkan lagi.
Aku lihat rakan-rakan ku masih lagi kelihatan bersemangat untuk terus mendengar butir-butir yang diperkatakan oleh pengerusi mesyuarat. Tiada tanda-tanda keresahan pun ditunjukkan sama ada di segi memek muka atau bahasa badan yang lain.
Demikian juga dengan aku. Secara zahirnya kelihatan ‘cool’. Tetapi hakikatnya ada berbagai-bagai perasaan mula mengasak di dalam fikiranku. Aku pasti rakan-rakan yang lain berperasaan macam aku juga.
Perut aku sudah mula menjerit-jerit minta diisi. Segala makanan yang aku isi sejak jam 8.00 pagi tadi pastinya telah habis semuanya terhadam semuanya. Segala yag berzat pastinya telah diserap ke dalam system aliran darah. Manakala segala saki-baki makanan yang merupakan bahan yang tidak berzat pastinya telah dihantar ke usus besar untuk proses seterusnya.
Kepala aku mula rasa berdenyut-denyut. Aku tidak lagi dapat menumpukan perhatian terhadap apa yang diperkatakan oleh bos.
“Saya ada panadol ni. Sesiapa yang nak boleh datang ambil,” maklum bos sebelum mesyuarat dimulakan pada jam 8.30 pagi.
Barulah saya terfikir, patutlah bos menawarkan panadol tadi. Agaknya beliau sudah menjangkakan pasti akan ada orang yang pening disebabkan jangka masa mesyuarat yang sedemikian panjang.
Bos pernah berpesan,
“Bos sentiasa betul. Sebagai ketua kita tidak akan dapat memuaskan semua kehendak orang bawahannya. Sebagai ketua pasti akan ada suatu tindakan yang kurang popular yang menyebabkan bos tidak digemari oleh orang bawahannya,” katanya.
Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 petang. Aku masih lagi berada dibangku yang sama. Aku tegok air mineral banyak-banyak untuk menghilangkan rasa laparku. Aku sudah terbayang pasti tokey kantin telah pun bersiap-siap mengemas segala peralatannya sebelum menutup pintu kedainya. Pada kebiasaannya paling lama tokey kantin bertahan menunggu pelanggan adalah jam 1.30 petang.
Apabila jam menunjukkan pukul 1.15 petang, pengerusi @ bos pun menangguhkan mesyuarat. Tetapi bos masih lagi berbincang beberapa perkara kepada beberapa orang ahli mesyuarat walaupun mesyuarat telah ditangguhkan.
Aku tak menunggu lagi. Sebaik keluar dari bilik mesyuarat, azan Zohor pun berkumandang di surau yang berdekatan. Aku mula memikirkan apa perkara yang mesti aku laksanakan dahulu makan tengahari atau solat Zohor.
Solat Zohor berjemaah adalah dituntut manakala perut yang lapar juga perlu diisi. Dalam islam pun antara makan dan solat, makan adalah diberikan keutamaan.
Akhirnya aku membuat keputusan menuju ke meja kerjaku. Capai tin biskut, ambil dan makan beberapa keping biskut marie, tegok air mineral banyak-banyak kemudian terus menuju ke musolla.
Alhamdulillah, satu kewajiban yang dituntut sebagai seorang hamba Allah dapat aku tunaikan secara berjemaah.
Selesai solat Zuhur aku tidak dapat lagi untuk melaksanakan solat sunat ba’diah. Misi dalam kepala yang mesti dilaksanakan adalah menuju ke kantin.
Alhamdulillah ......
Tokey kantin masih sayang kat aku yang sedang kelaparan. Belaiu setia menunngu kedatanganku sambil tersenyum menyambut kedatanganku. Turut berada di situ adalah rakan-rakanku yang sama-sama berada di bilik mesyuarat. Mereka begitu khusyuk sekali menikmati mati makanan tengahari itu. Saya percaya jika mak mertua lalu di depan mereka ketika itu, pasti mereka buat tak tak tahu saja. Bukan sebab makanan tengahari itu terlalu sedap, tetapi sebab ingin menghentikan alunan muzik yang asyik berdendang di dalam perut masing-masing.
Alhamdulillah atas rezeki yang Allah tetapkan untukku pada tengahari itu...
Labels:
Masam Manis Payau
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan