Tahukah anda panggilan telefon bimbit pertama telah direkodkan 38 tahun yang lalu?
Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April 1975 iaitu 38 tahun lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper di New York.
Cooper, yang pada masa itu berusia 44 tahun, keluar bersiar-siar dengan membawa telefon bimbit prototaip Motorola Dyna-TAC sambil diperhatikan orang ramai yang terkejut melihat gajet yang dibawanya.
Menurut Cooper yang kini berusia 82 tahun, orang pertama yang dihubungi dengan menggunakan telefon bimbit itu ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang juga saingannya untuk memberitahunya bahawa Motorola telah mengatasi Bell dalam perlumbaan untuk menghasilkan telefon bimbit pertama di dunia.
Cooper kemudian menghubungi beberapa wartawan dan membenarkan wartawan-wartawan tersebut membuat panggilan mereka sebagai bukti bahawa mereka bukan ditipu dan dia bukan berjenaka.
Telefon bimbit Dyna-TAC yang seberat 0.6 kilogram mula berada dalam pasaran 10 tahun kemudian iaitu pada 1983, dan dijual pada harga mencecah AS$3,500 (RM10,592). - Agensi
Sumber: Kosmo
p/s: Di Malaysia sistem telekomunikasi tidak berwayar analog (ETACS) mula diperkenalkan pada 1989. Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan perkhidmatan telefon bergerak Atur 450 pada Mei 1985. (Rujuk Wikipedia)
Bagaimanapun telefon bimbit generasi terawal ini bukanlah sebagaimana saiz yang ada sekarang. Ianya dipanggil telefon bimbit kerana saiznya sebesar beg bimbit.
Revolusi telefon bimbit membawa kepada generasi kedua telefon bimbit dengan saiz yang kecil sedikit. Tetapi masih lagi dengan saiz sebesar botol air. Dengan antena yang panjang seolah-olah straw pada botol air.
Saya tidak pernah melihat secara dekat generasi telefon bimbit ini melainkan apa yang saya lihat di dalam drama-drama TV. Pada ketika itu telefon bimbit adalah lambang gaya dan kemewahan. Dalam drama TV digambarkan dalam perjumpaan antara Datuk-Datuk telefon bimbit tersebut diletakkan di atas meja.
Saya pasti dalam keadaan saiz yang sama besar dengan botol air, dan dalam keadaan tergopoh-gapah mengejar masa, sudah pasti berlaku kejadian Datuk-Datuk tersebut akan tersalah capai lalu menyedut antena telefon bimbit yang disangkakan botol air.
1 comments:
wah besar nyer telepon bimbit dulo dulo. hehee
Catat Ulasan