13 April 2011
Senat Perancis Kuat Kuasa Haram Purdah
Muslimah Berpurdah 1.
Ini satu penghinaan terhadap agama islam. Mereka (Pemimpin Perancis) menafikan hak muslimah di Perancis melaksanakan syariat islam dalam cara berpakaian. Undang-undang itu ternyata akan menjejaskan kehidupan kira-kira 2,000 wanita Islam di Perancis yang memakai purdah (dikenali sebagai niqab di sini) dan burqa. Ramai penduduk Islam melihatnya sebagai penghinaan terhadap agama mereka.
Imbas Kembali Berita Harian (2010/09/16),
Senat Perancis meluluskan rang undang-undang pengharaman memakai purdah di kawasan awam dan tempat lain, keputusan yang membabitkan kurang 2,000 wanita Islam, tetapi dilihat sebagai simbol mempertahankan nilai dan budaya tempatan.
Rang undang-undang diluluskan dengan 246 menyokong dan satu menentang, langkah terakhir sebelum pengharaman itu diluluskan sebagai undang-undang. Rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Rakyat, Julai 2010.
Ia bakal menjadikan pemakaian purdah suatu kesalahan, termasuk yang dipakai pelancong di kawasan awam dan tempat lain.
Rang undang-undang pengharaman itu menetapkan denda AS$185 (RM582) bagi wanita yang memakai penutup muka.
Denda juga dikenakan kepada orang yang didapati memaksa wanita memakai purdah, manakala denda AS$38,000 (RM121,600) dan penjara setahun dikenakan jika wanita dipaksa memakai purdah di bawah umur.
Bagi umat Islam undang-undang itu adalah satu lagi tamparan kepada agama kedua terbesar di Perancis dan meningkatkan risiko Islamofobia di negara yang mana masjid dan rumah ibadat lain sering menjadi sasaran kebencian.
Tetapi, ada wanita termasuk Kenza Drider berikrar terus memakai penutup muka, walaupun ia diharamkan dan menegaskan beliau lebih rela didenda daripada tunduk kepada ketidakadilan.
_________________________________________
Undang-undang pertama di dunia yang mengharamkan pemakaian purdah mula berkuat kuasa di Perancis semalam (12 April, 2011).
Dua wanita berpurdah (Nayet dan Kenza Drider) ditangkap semasa menyertai satu protes di bandar raya ini hanya beberapa jam selepas pengharaman itu berkuat kuasa semalam. Demonstrasi yang diharamkan itu dilakukan di dataran berbatu menghadap gereja Notre Dame.
Nayet (tengah) dan Kenza Drider (kiri), keluar dari balai polis selepas ditahan kerana memakai purdah di Paris.
Sesetengah pihak melihat pengharaman itu sebagai menandakan sentimen Islamofobia yang semakin menular. Namun, kerajaan Presiden Nicolas Sarkozy mempertahankan undang-undang itu sebagai benteng yang melindungi identiti Perancis daripada ketidaksamaan dan fahaman pelampau.
Walaupun mendapat sokongan meluas rakyat Perancis semasa diluluskan pada tahun 2010, undang-undang tersebut membimbangkan sekutu Paris, mencetuskan protes di luar negara dan melambangkan kesukaran negara ini untuk mengintegrasikan penduduk Islam yang berasal daripada kaum pendatang. (Rujuk: Utusan Online)
Keayuan Wanita-Wanita Berpundah.
Muslimah Berpurdah 2.
Muslimah Berpurdah 3.
Muslimah Berpurdah 4.
Muslimah Berpurdah 5.
Muslimah Berpurdah 6.
Muslimah Berpurdah 7.
Muslimah Berpurdah 8.
Muslimah Berpurdah 9.
Sumber Foto: Google Search
Labels:
Luar Negara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
kesiannye. suke tgok org pakai mende ni.
=)
aduyai...knpe la jd cm nih..xslh pom lau pkai 2..
hmm...dunia oh dunia =!
Catat Ulasan