01 Mei 2011

Memori Perkahwinan Charles & Diana

Tanggal 29 April 2011 telah berlangsung upacara penyatuan dua hati diantara Putera William dan Kate Middleton. Perkahwinan diraja ini mengingatkan kita semua kepada perkahwinan diraja mendiang ibunda dan ayahanda Putera William iaitu Puteri Diana dan Putera Charles.



Pada 29 Julai 1981, Putera Charles dan Lady Diana dikahwinkan di Katedral St. Paul, London di hadapan 3,500 tetamu jemputan dan disaksikan sekitar 750 juta orang di seluruh dunia. Perkahwinan diraja tersebut berlangsung dengan meriah. Ribuan penduduk England dan pelancong berhimpun di sepanjang jalan dan di luar gereja untuk menyaksikan dan meraikan pasangan diraja. Perkawinan Puteri Diana dan Putera Charles mendapat liputan meluas di Televisyen seluruh dunia.

Disebabkan perkahwinannya dengan pewaris takhta, Lady Diana menerima gelaran " Her Royal Highness The Princess of Wales". (Rujuk: http://ms.wikipedia.org)



Puteri Diana bersama Ayahnya dalam kereta kuda yang membawa Diana ke gereja St.Paul, London


Puteri Diana ketika berjalan masuk dalam gereja dan diiringi oleh bapanya dan disaksikan oleh para tetamu


Selepas disahkan menjadi suami isteri, Putera Charles & Puteri Diana keluar selepas habis upacara perkahwinan


Seramai 250.000 peminat menyaksikan pasangan diraja dikhalayak ramai di balkoni istana selepas bergelar suami isteri.


Hampir 55 juta orang Amerika  menyaksikan upacara perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana pada 29 Julai 1981


Lebih dari 750 juta penonton menyaksikan pasangan pengantin diraja walaupun dalam keadan panas terik.

Kredit: http://www.tupai.com.my