Nuff Atas

17 Mei 2011

Nafas Baru Dalam Kenaikan Pangkat Guru


Sumber: BHarian

KUCHING 16 Mei - Warga pendidik kini boleh menikmati lonjakan gred dalam perkhidmatan melalui kaedah kenaikan pangkat yang diberi nafas baru melibatkan pengenalan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru bermula 1 Januari 2012.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, menerusi kaedah itu guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Menurutnya, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru, laluan kerjaya guru yang terlibat dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (PDP) akan diperluaskan sehingga ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.




Beliau berkata demikian menerusi rakaman video yang ditayangkan pada Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-40 yang dilancarkan oleh Timbalannya yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini pada 16 Mei, 2011 dalam sambutan bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong dan Dr Mohd Puad Zakarshi; Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr Rosli Mohamad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud. (Rujuk: BHarian)

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa mana-mana guru yang menunjukkan kecemerlangan seperti ditetapkan oleh lembaga tersebut boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Katanya, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.

"Untuk itu, kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus menjadi 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.

Beliau turut mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

Katanya, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 pula dinaikkan ke Gred DG48, melibatkan 6,585 jawatan.

"Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan," katanya.

Sumber: Utusan Online.

Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang. (Rujuk: Kosmo).

p/S; Tahniah kepada pemenang anugerah...

Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Matnor Daim, 68, dipilih Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan.

Empat penerima Anugerah Tokoh Guru 2011 pula ialah bekas Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Industri Selangor (Unisel), Prof Datuk Dr Ab Rahim Selamat, 66, dari Melaka; Datuk Siva Subramaniam, 64, dari Perak; Hamedah Wok Awang, 63, dari Pahang dan Datuk Rita Jaafar, 62, dari Sabah.

3 comments:

Kay Masingan berkata...

semoga ianya mampun menaikan motivasi golongan pendidik..

spider_gurl86 berkata...

ermm best nye cikgu2 kita kan berbaloi la dgn tugas mereka yg mulia

azwandengkil berkata...

Nak pegi interview jadi cikgu la. hehe.