24 Julai 2011

Aku, Cameron Highland dan Strawberry



Pada 16 -17 Julai 2011, Kami (aku dua orang anak aku dan rakan-rakan aku) dengan menaiki bas memanjat naik ke kawasan tanah tinggi Cameron Highland.

Apa istimewanya Cameron Highland. Pastinya udaranya yang nyaman dan dingin, buah-buahannya yang segar (terutama strawberi), serbuk teh serta sayur-sayurannya.




Disebabkan udaranya yang sedia segar dan dingin, maka keperluan terhadap kipas angin dan pendingin udara boleh diabaikan di sini.


Waktu malamnya sangat dingin menggigit hingga ke tulang. Malam itu, anak-anak aku yang jarang berbaju semasa tidur, kini memakai 2 lapis baju termasuk sweeter dan membalut kemas selimut di seluruh tubuhnya.

Apabila waktu subuh tiba terasa terlalu berat untuk mengangkat selimut. Tetapi aku bangun juga kerana perlu mengosongkan pundi kencingku. Saat aku mengambil wuduk, tersa seakan-akan aku menggunakan air batu.

Pagi itu lebih kurang jam 7.00 pagi, aku masih berkira-kira beberapa kali sama ada hendak mandi atau tidak. Tetapi apabila aku lihat anak aku seronok sahaja mandi sambil bermain air walaupun airnya dingin. Maka aku pun mandi juga akhirnya. Setelah air mencecah tubuh aku beberapa lama, maka aku pun rasa segar dan mula merasakan bahawa air pili tersebut tidaklah sesejuk yang aku sangka.

Apabila aku memaklumkan kepada anak aku untuk membawa mereka pergi ke Cameron Highland. Anak aku sangat seronok dan perkara pertama yang disebut oleh Si Angah adalah…..

“Nanti kita beli banyak-banyak dan makan banyak-banyak Strawberry.”



Petang itu sebaik kami sampai ke Cameron Highland, aktiviti pertama kami adalah melawat Pasar Malam Brinchang. Gerai pertama yang aku berhenti ialah gerai strawberry. Di situ saya membeli 2 paket besar strawberi . Setiap paket berharga RM10.00. Pada malam itu habis kedua-dua paket strawberry tu kami makan.

Yang pastinya bukan itu kali pertama dan terakhir aku membeli strawberi segar sepanjang lawatan aku di Cameron Highland. Keesokan harinya aku membeli lagi dua bungkus di Ladang Strawberi yang terletak di Taman Sedia dengan harga RM5.00 sebungkus kecil. Hasratnya bungkusan ini akan aku bawa pulang untuk insan-insan di rumah yang tidak menyertai lawatan ini.

Kemudian aku beli beli sebungkus lagi ketika kami singgah di Ladang Kea. Yang ini untuk di makan semasa di dalam bas sepanjang perjalanan pulang. Harganya RM5.00 dalam bungkusan yang sederhana besar.

Kesimpulannya, aku dapati harga strawberi segar yang telah siap dibungkus berharga antara RM5.00 hingga RM10.00 sebungkus bergantung kepada saiz bungkusan dan bergantung kepada tempat penjualannya.

Selain daripada strawberi segar yang dijual dalam peket, strawberi boleh juga dibeli dengan memetik sendiri. Ada tempat yang mengenakan bayaran RM 35.00 untuk sekilogram strawberi yang dipetik sendiri. Bagaimanapun ada juga tempat yang mengenakan bayaran yang lebih rendah serendah RM30.00 sekilogram.



Ada pelbagai hal berkaitan dengan strawberi boleh ditemui di sini. Beberapa perkara yang berkaitan tentang strawberry aku beli, termasuk magnet peti sejuk berbentuk strawberry, rantai kunci bentuk strawberry, t-shirt bergambar strawberry, jem strawberry dan teh berperisa strawberi.

Anak-anak aku juga aku arahkan berposing di ladang strawberry dikelilingi dengan pokok-pokok strawberry yang di tanam di dalam pasu. Mereka juga mengambil peluang bergambar dengan beberapa replika strawberry yang terdapat di kedai-kedai menjual strawberi dan yang menghiasi kiri kanan lorong menuju ke kedai-kedai.

Mujur isteri aku tak ikut serta kalau tidak pasti dia akan beli bantal strawberry, bantal peluk strawberi, pengelap kaki strawberry.

Aku pernah ke Cameron Highland di awal tahun 1990-an. Rasanya pada masa itu belum ada lagi kegilaan terhadap strawberry sebegini rupa seperti yang ada sekarang.

Pada masa itu pengunjung yang melawat ke mari hanya sibuk membeli sayur-sayuran dan bunga-bungaan sahaja. Masa tu aku berkesempatan untuk melawat taman rama-rama. Di situlah aku dapat melihat spesies rama-rama Rajah Brooke yang merupakan spesies yang dilindungi disebabkan ia adalah endangered spesies.



Pokok Strawberry

Pokok Strawberi (atau Fragaria) adalah sejenis genus pokok dalam famili Rosaceae. Terdapat lebih dari 20 spesies strawberi diseluruh dunia. Strawberi yang biasanya ditanam secara komersial adalah garden strawberry dari hybrid yang dikenali sebagai Fragaria × Ananassa. Strawberry adalah buah tanaman kmersial yang penting, ditanam secara meluas di semua kawasan temprat (4 musim) di seluruh dunia. (Sumber: Wikipedia)



Khasiat Strawberry

Warna merah pada buah ini bermaksud kaya dengan pigmen warna antosianin yang tinggi. Selain antioksidan, ia juga kaya dengan serat, rendah kalori dan mengandungi Vitamin C, folat, potasium serta asid ellagic.

Antara khasiat buah strawberi:

- Membantu menurunkan kadar kolesterol
- Membantu melumpuhkan kerja aktif kanser kerana asid ellagic yang terdapat di dalamnya
- Meredam gejala strok
- Kaya Vitamin C yang amat bagus untuk pertumbuhan kanak-kanak
- Kurang gula dan amat sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes
- Mengandundi zat anti alergi dan anti radang
- Memutih dan membersihkan permukaan gigi
- Berkesan untuk melawan radang sendi
- Kandungan tujuh zat antioksidan yang terdapat di dalamnya lebih tinggi jika dibandingkan dengan buah atau sayuran lain, sehingga strawberi menjadi buah yang efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.
- Makan strawberi secara teratur dapat menghaluskan kulit dan membuatkan warna kulit lebih cerah dan bersih.



(Sumber: Fabuloustaste)

4 comments:

mohdhazlan Dreadlock berkata...

cameron haighland mmg best kalu nk tenang jiwa ...udara sejuk ...aku suka ...

Excellence!

::ini belog saya . cinta hati saya:: berkata...

cameron oh cameron

lama ta pegi cameron highland

memang best sejuk je

dapat makan stoberi

:)

Unknown berkata...

tak hantar pun kat kampung.. bg ler sebakul dua...

Unknown berkata...

dah lme xpergi cameron