30 Julai 2011
Motosikal Colin Furze Terpanjang di Dunia
GRANTHAM, Britain - Seorang tukang paip, Colin Furze mencipta motosikal paling panjang di dunia dengan mempunyai 25 tempat duduk dan mampu bergerak pada kelajuan 56.3 kilometer sejam.
Furze menghabiskan masa selama sebulan untuk mencipta motosikal itu.
Dia menggunakan rangka sebuah motosikal berkuasa 125cc dan memanjangkannya melalui penggunaan kerangka aluminium.
Furze menunggang motosikal sepanjang 72 kaki (21.95 meter) itu sejauh lebih satu kilometer di landasan Saltby di sini.
Menurut Guinness World of Records, motosikal terpanjang yang pernah direkodkan ialah 14 meter.
Dia akan menghantar rakaman video mengenai motosikal itu selain tandatangan beberapa saksi kepada Guinness World of Records untuk mendapat pengiktirafan sebagai motosikal paling panjang di dunia.
Sumber: Kosmo
Projek Motosikal panjang Colin Furze bermula pada 2008, dengan kepanjangan 14.03 m (46.03 kaki).
Labels:
Luar Negara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan