06 Ogos 2011

Penguin Berpuasa Demi Kelangsungan Generasi

Kutub Selatan merupakan satu kawasan bersuhu ekstrem sejuk di Dunia. Musim sejuknya berlangsung selama enam bulan. Suhu musim sejuknya adalah 50 darjah celcius di bawah takat beku. Angin pula bertiup pada kelajuan yang mencapai 100 km/j.

Walaupun suhu sedemikian ekstrim, Allah telah ciptakan satu makhluk yang boleh beradaptasi dengan keadaan ini. Penguin makhluk Allah yang setia menunggu dan tinggal di kawasan yang dipenuhi dengan hamparan salji ini.



Pada bulan Januari hingga Februari, penguin akan bermigrasi ke arah selatan bumi untuk mencari makanan. Sebelum musim sejuk tiba, penguin memulakan penghijrahan mereka dari kawasan mereka mencari makan ke kawasan sepanjang pantai di Antartika (kutub selatan) yang menrupakan tempat perhimpunan tahunan beribu-ribu ekor penguin. Perjalanan mereka ke sini mengambil masa berminggu-minggu meliputi satu jarak melebihi 100 km.


Di sinilah dipertemukan penguin jantan dan betina di mana akhirnya penguin betina mengeluarkan telurnya. Tempoh mengawan penguin berlaku antara Jun hingga Ogos. Di saat itu musim dingin pun bermula. Tugas menjaga telur sehingga menetas diserahkan kepada penguin jantan. Penguin betina kembali ke laut untuk mencari makanan.



Penguin jantan meletakkan telur di atas kaki dan disembunyikan di bawah perut oleh bulu-bulu pelepah yang bayak. Dalam keadaan begini telur terhindar daripada cuaca sejuk lampau antartika. Kemudian penguin-penguin jantan tersebut akan membentuk koloni besar untuk menjaga suhu telur tetap hangat. Tempoh mengeram berlangsung selama 4 bulan. Sepanjang tempoh tersebut, penguin jantan terus kekal berkeadaan berdiri, tidak melakukan banyak pergerakan, tidak meninggalkan telur di bawah jagaan mereka dan mereka juga dalam keadaan berpuasa .

Anak penguin menetas daripada telurnya 4 bulan kemudian. Pada masa ini anak penguin masih terus berada di kaki penguin jantan disebabkan mereka belum mempunyai bulu pelepah yang cukup. Anak penguin ini diberikan makanan berupa susu yang tersimpan dalam tembolok bapanya,

Tugas menjaga anak berpindah kepada penguin betina apabila penguin betina kembali semula ke tempat itu tidak lama kemudian. Pada masa itu penguin jantan pula turun ke laut untuk berburu dan mengisi semula perutnya dengan makanan yang berupa ikan-ikan di laut.

Sumber Rujukan: Wikipedia.

Sila lihat video dokumentari berikut berkaitan kisah ini.


Demikianlah kisah sebuah pengorbanan besar yang Allah ilhamkan dan fitrahkan kepada seekor haiwan bernama penguin dalam hal menjaga dan membesarkan anak untuk dijadikan renungan kepada manusia yang mahu berfikir.

Sedangkan haiwan yang tidak mempunyai akal sanggup melakukan sedemikian besar pengorbanan kerana kasih dan sayangnya terhadap anak-anak mereka. Inikan lagi manusia yang diciptakan Allah mempunyai akal dan fikiran. Manusia sepatutnya mengambil ikhtibar daripada kisah ini.

0 comments: