09 September 2011

Cukai Talian Prabayar 6 Peratus



Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September 2011.

Menurut kenyataan syarikat telekomunikasi, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.



Syarikat telekomunikasi itu berkata, cukai perkhidmatan adalah cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan seperti termaktub dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Sumber: BHarian.

Suruhannjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan prabayar itu adalah sama seperti yang dikenakan untuk perkhidmatan lain.

Sejak dilaksanakan dalam 1988, syarikat telekomunikasi membayar cukai perkhidmatan bagi pihak pengguna telefon prabayar secara sukarela. Setakat ini pelanggan perkhidmatan telefon pascabayar membayar cukai perkhidmatan ini.

Perlaksanaan cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan telekomunikasi dilaksanakan pada 1998 menurut peruntukan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 dan selaras dengan mekamisme percukaian Negara. Ia selaras peruntukan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 yang mengkehendaki pengguna menanggung cukai bagi perkhidmatan penggunaan merangkumi perkhidmatan telekomunikasi dan TV berbayar kecuali perkhidmatan internet. (Rujuk: BHarian)

APA KOMEN MEREKA....

Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (PERBIT) membantah tindakan syarikat telekomunikasi mengenakan caj perkhidmatan enam peratus ini. Presidennya, Mohd Ali Ibrahim, berkata tindakan itu akan memberi kesan kepada pengguna, terutama golongan berpendapatan rendah. Kebanyakan yang menggunakan prabayar adalah golongan berpendapatan rendah, pekerja kilang, buruh kasar dan pelajar. (Rujuk: BHarian).

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma‘amor Osman berkata, cukai itu dilihat membebankan pengguna apatah lagi caj panggilan yang dikenakan ketika ini sudah mahal.

“Kami membantah perlaksanaanya. Selama ini, jika kita membuat panggilan dan tidak berjawab, ia tetap dikenakan caj, inikan pula hendak perkenalkan cukai perkhidmatan. (Rujuk: Utusan)

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, "Mengikut undang-undang, cukai berkaitan levi perkhidmatan dikenakan untuk semua sektor dan caj yang dikenakan selama ini ditanggung syarikat telekomunikasi tersebut.

"Pengenalan caj itu terhadap setiap amaun yang terlibat dalam langganan itu menyebabkan syarikat tidak lagi menanggung cukai sebaliknya dilepaskan kepada pengguna," katanya

Rais berkata, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak ada kuasa untuk menahan proses itu di sisi undang-undang cukai perkhidmatan sedia ada. (Rujuk: Utusan)

STATISTIK PENGGUNA TALIAN PRABAYAR



Jumlah pengguna talian pelan prabayar di Malaysia adalah hampir 26.2 juta pengguna. Jumlah itu adalah bilangan terkumpul pengguna pelan prabayar daripada tiga syarikat telekomunikasi iaitu Maxis Bhd., (Maxis), Celcom Axiata Bhd., (Celcom) dan DiGi Telecommunication Sdn. Bhd., (DiGi). Kesemua syarikat tersebut menyatakan, daripada keseluruhan jumlah pelanggan tiga syarikat telekomunikasi gergasi tersebut, 75 peratus ialah pengguna pelan prabayar.

Mengikut laporan kewangan terkini setiap syarikat, Perolehan Purata Setiap Pengguna Prabayar (ARPU) yang diperoleh ketiga-tiga syarikat secara bulanan bernilai RM43 (DiGi) serta RM36 (Maxis dan Celcom). Sebagai perbandingan, pengguna prabayar DiGi berjumlah 7.7 juta daripada 9.3 juta pelanggannya, pengguna prabayar Maxis berjumlah 9.5 juta daripada keseluruhan 12.7 juta pelanggannya. Bagi Celcom, pengguna prabayarnya berjumlah sembilan juta daripada keseluruhan 11.7 juta.

Bagaimanapun, jumlah ARPU yang dijana daripada pengguna selain pelan prabayar adalah lebih tinggi dengan purata setiap syarikat melebihi RM80. (Rujuk: Utusan)

KEMASKINI 12 SEPT. 2011

Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.

"Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan," katanya. (Rujuk: BHarian)

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

lepas nih kena selalu ade syiling dlm poket. hakss

NurWahidah Abdullah berkata...

entah apa2 ja..dah la yg pkai prepaid kebanyakan student...huhu..

yusuflaili(Goku) berkata...

nak buat macam mana...cukai2..ni yg buat Datuk Maharaja Lela naik angin dulu..