SAMBUTAN Maulidur Rasul bukan setakat berarak sambil berselawat dan disertai jamuan makan. Ia tidak habis setakat itu sahaja.
Ia juga bukan sekadar suka-suka atau menunjuk-nunjuk, Tetapi ia bertujuan mengimbau kembali perjuangan dan pengorbanan nabi Muhammad SAW dalam menegakkan Islam di muka bumi ini.
Rasulullah merupakan contoh yang terbaik kepada setiap umat Islam dalam segala aspek kehidup. Sebab itu, saban tahun hari kelahiran baginda diraikan supaya setiap umat Islam dapat mengambil iktibar daripada setiap sesuatu yang dilakukan dan diamalkan baginda untuk dijadikan panduan dan pedoman.
Baginda adalah contoh terbaik yang bersifat universal. Keseluruhan hidup baginda dapat dijadikan ikutan dan contoh sepanjang zaman. Ia merangkumi segala aspek daripada kehidupan harian individu kepada aktiviti sosial, ekonomi, politik dan pemerintahan negara.
Dalam hal ini, Allah SWT menyatakan dalam al-Quran yang bermaksud:
Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu. (al-Ahzab: 21)
Baginda adalah pemimpin ummah yang perlu diikuti dan dicontohi dalam segenap kehidupan. Sebagai individu, Rasulullah mempunyai peribadi luhur dan murni yang sentiasa mengajak manusia melakukan kebaikan dengan menyeru kepada jalan Allah.
Nabi juga seorang ketua negara yang menerajui bahtera pemerintahan dengan amanah dan cekap di samping seorang suami mithali, seorang bapa yang bijak menyempurnakan tanggungjawab terhadap anak, seorang sahabat yang setia, seorang jiran yang memahami jirannya dan lain-lain.
Rasulullah Diuji
Kepemimpinan Rasulullah terserlah dalam seluruh kehidupan baginda. Sejak kecil Rasulullah telah diuji di mana seorang demi seorang mereka yang menjadi tempat baginda bergantung dan mengharap kasih sayang sebagaimana anak-anak kecil yang sebaya dengan baginda telah pergi menemui Al-Khaliq.
Ia dimulai dengan kematian ayahandanya Abdullah semasa baginda dalam kandungan ibundanya lagi. Ia diikuti dengan kematian ibundanya Aminah ketika mana baginda baru mula mengerti erti belaian kasih sayang seorang ibu.
Selepas itu datuknya, Abdul Mutalib pula pergi menemui ilahi yang mana penjagaan baginda selepas itu diambil alih oleh bapa saudaranya Abu Talib.
Semua ujian itu telah mematangkan baginda. Ia juga menunjukkan bahawa usaha dakwah kepada kebaikan memerlukan pengorbanan di samping di uji dengan pelbagai cabaran.
Ujian tersebut juga bertujuan menjauhkan Rasulullah daripada tuduhan liar bahawa ilmu yang baginda sebarkan adalah hasil warisan dan pengajian yang diperolehi daripada ibu bapa dan datuknya. Sebaliknya ia adalah wahyu ilahi.
Begitu juga untuk menghindar daripada tuduhan yang mengatakan segala kematangan dan perilaku yang mulia pada diri Rasulullah SAW adalah kerana hasil penjagaan dan didikan ibu bapa dan datuk baginda.
Kehidupan sebagai anak yatim piatu juga mengajar baginda yang bakal menjadi nabi dan rasul untuk berdikari.
Seterusnya melahirkan dalam diri baginda sifat kasih terhadap orang susah dan menderita terutama anak yatim piatu.
Perjuangan untuk meninggikan kalimah Allah bukannya dihamparkan dengan permaidani merah tetapi dibentangkan dengan onak dan duri di sepanjang perjalanan menuju matlamatnya yang suci.
Begitu juga ketika nabi SAW beruzlah di gua Hira', ia merupakan satu proses tarbiah pada diri baginda dengan bertafakur dan merenung kebesaran serta keagungan Allah SWT jauh daripada kezaliman dan kebobrokan hidup masyarakat jahiliah yang dipenuhi dengan dosa dan noda.
Ringkasnya, Nabi SAW mendapat tarbiah secara langsung daripada Allah untuk menjadi pemimpin ikutan ummah dalam segenap kehidupan.
Secara sedar atau tidak, di sebalik kehangatan sambutan maulidur rasul, ramai yang masih gagal menghayati dan mengamalkan sunah nabi yang merupakan suatu kemestian bagi setiap individu Muslim.
Ramai di kalangan umat Islam sehingga sekarang masih tidak mengetahui dan mendalami sunah nabi. Amat merugikan apabila sambutan yang menelan belanja ribuan ringgit tidak mendatangkan hasil yang memberangsangkan dalam mengubah cara hidup umat Islam.
Usaha yang bersungguh-sungguh perlu digembleng agar dapat mengembalikan kecemerlangan dan kegemilangan Islam. Cara terbaik untuk merealisasikan perkara ini ialah dengan mencontohi Rasulullah dalam segenap segi kehidupan kita.
Baginda merupakan contoh terbaik yang bersifat universal iaitu keseluruhan hidup Baginda dapat dijadikan ikutan dan contoh di sepanjang zaman.
Oleh Mohd. Radzi Mohd. Zin

9 comments:
InsyaAllah sama-sama kita berusaha ikut Sunnah Nabi SAW.
Rasulullah saw..contoh trbaik spnjang zaman..
Salam Maulidur Rasul 1433 / 2012.... ^^
Salam Maulidur Rasul
salam maulidur rasul
Salam Maulidur rasul..
semoga kehidupan kita dirahmati oleh Allah...:)
rasa tenang sikit jiwa bile dengar selawat ni.
sama2 lah kita berselawat katas Baginda
salam maulidur rasul....
Catat Ulasan