25 Februari 2012
Majikan Pilih Pekerja Berdasarkan Profil Facebook
Facebook bukan lagi laman sosial untuk mencari rakan, bersembang kosong bersama rakan, berkongsi gambar-gambar peribadi semata-mata.
Aplikasinya kini meluas dalam pelbagai bidang. Usahawan menggunakannya untuk mempromosikan produk hasilan jualan mereka. Jabatan-jabatan menggunakannya untuk menghebahkan perkhidmatan yang mereka sediakan.
Mulai dari sekarang pemilik akaun Facebook patut memikirkan secara serius bagaimana mereka mempersembahkan Facebook masing-masing. Ini kerana segala item-item yang dipersembahkan di dalamnya boleh menggambarkan peribadi pemilik akaun Facebook tersebut.
Sebagai contoh, status yang menggambarkan sikap negatif anda seperti menyatakan perasaan marah terhadap seseorang, sikap sentiasa bosan dalam mengharungi kehidupan dan suka menyatakan keburukan orang lain patutlah dielakkan.
Bagaimanapun patut diingat, berpada-padalah dalam berkongsi atau mendedahkan maklumat peribadi anda. Bukan semua maklumat boleh dikongsikan kepada orang lain. Disegi keselamatan pula sama ada anda sedar atau tidak, sama ada anda mahu atau pun tidak, berkemungkinan terdapat pihak yang menggunakan maklumat peribadi anda untuk kepentingan mereka.
Jumlah gambar, rakan lambangkan potensi kakitangan
LONDON: Gambar serta profil seseorang dalam laman rangkaian web sosial Facebook mungkin dapat membantu bakal majikan untuk menetapkan sama ada orang berkenaan boleh menjadi pekerja yang baik.
Satu kajian terbaru menyatakan, majikan boleh mengetahui sejauh mana bagus seseorang itu untuk sesuatu pekerjaan berdasarkan kepada profil mereka di Facebook, lapor akhbar Daily Mail.
Dalam kajian berkenaan, penyelidik mengambil kira gambar, hobi dan bilangan rakan seseorang itu sebelum menjawab soalan mengenai ‘sejauh mana seseorang itu boleh diharapkan.’
Ini kerana, mereka mendapati wujud kaitan yang kukuh antara kejayaan seseorang dalam pekerjaan dengan beberapa elemen peribadi orang berkenaan yang didedahkan dalam laman Facebook.
Antaranya, termasuk bilangan rakan yang ramai, minat yang meluas dalam bidang tertentu selain gambar yang menunjukkan mereka kerap mengembara jauh, yang menunjukkan sejauh mana seseorang itu ‘sanggup mengambil langkah’.
Penyelidik juga mendapati bahawa gambar berparti secara keseluruhannya dilihat sebagai positif yang menunjukkan seseorang itu mudah bersosial.
Kaji selidik berkenaan dijalankan di Universiti Northeastern Illinois, Universiti Evansville serta di Universiti Auburn. Penaja kajian turut meminta seorang profesor dan dua pelajar untuk melihat dan meneliti profil 56 pelajar lain.
Mereka meneliti setiap profil terbabit selama 10 minit dengan mengambil kira maklumat peribadi seperti gambar, komen, rakan dan minat. Berdasarkan akhbar Wall Street Journal, mereka kemudian menjawab soalan mengenai personaliti seseorang itu, seperti ‘Adakah orang ini boleh diharapkan’ dan ‘Bagaimana kestabilan emosi orang ini?’
Enam bulan selepas itu, keputusan dibandingkan dengan penilaian majikan mengenai pemantauan pelajar berkenaan. Penyelidik mendapati wujud hubungan kukuh antara prestasi kerja dengan markah yang diperoleh pelajar itu khususnya dari segi sikat berhati-hati, kebolehan dan ambil tahu.
Kajian berkenaan dilakukan ketika ada laporan mengatakan kemungkinan majikan meminta pemohon kerja mendedahkan kata kunci laman web Facebook masing-masing.
Memang benar syarikat yang terbabit mengatakan mereka tidak menilai seseorang daripada segi agama atau politik tetapi memberi perhatian kepada cara calon berkenaan memperkenal diri mereka. Paling banyak mendapat reaksi negatif ialah calon yang memuatkan kata-kata kesat dalam profil mereka. [BHarian (12/07/2012)]
Sumber: BHarian (2012/02/25)
Labels:
ICT,
Maklumat Umum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 comments:
hahaha ! ade jugak mcm tu ek
mcm2 lah zaman skunk ni. fb dh bosan
takut jugak mcm 2..thanx ye 4 ur information..:)
Ada pulak cam 2 erk ..ish ish ish ..
macam mana FB begitulah pemiliknya :D namun ad sesetengah yg bsikap hipokrit/mewujudkan identiti baru kerana mahupun variasi dan memperdaya rakan2 yg lain. ad juga yg menggunakan FB sbg medium jualan dadah, pelacuran dan jenayah. pokok pangkalnya, jgn buka pekung sendiri dan jgn aibkan org lain :)
elok juga.. ramai yg nyatakan komen dan kutuk majikan guna laman social skrg :)
Catat Ulasan