25 April 2012

Nilai Sebutir Berlian



Institut Gemological Amerika (GIA) membangunkan skala penggredan berlian bagi memastikan kualiti batu permata berharga itu. Skala ini dibahagikan kepada empat kriteria penggredan utama, yang lebih dikenali sebagai Cs 4 iaitu potongan, karat, kejelasan dan warna (cut, carat, clarity dan colour).

Dua berlian yang sama saiznya boleh berbeza dari segi harga apabila diukur menggunakan keempat-empat ciri-ciri yang digabungkan di atas. Berat sebutir berlian diwakili dalam karat dan ia adalah faktor utama dalam menentukan harga belian tersebut.

Ia juga adalah faktor utama jika diukur dengan mengunakan kaedah 4Cs. Karat adalah ukuran berat, bukannya saiz berlian, dimana satu karat adalah lebih kurang 0.2 gram. Sama seperti 1 meter sebanyak 100 sentimeter, satu karat berlian mengandungi sebanyak 100 mata.


Sebagai contoh, berlian yang berat 0.3 karat dirujuk sebagai berlian 30 mata. Berlian yang beratnya satu karat ke atas adalah sangat jarang dijumpai, oleh itu, ia adalah lebih berharga.

Dalam konteks ini, dua berlian yang beratnya satu karat setiap satu harganya adalah lebih murah daripada sebutir berlian yang beratnya dua karat. Ini kerana ia amat jarang dijumpai dan saiznya lebih besar. Sehingga kehari ini, berlian yang terbesar yang pernah dijumpai adalah berlian Golden Jubileeyang dilombong di Cullinan, Afrika Selatan.

Tempoh dua tahun diambil untuk memotong berlian ini yang dilakukan di tempat khas di bawah tanah dan bebas daripada sebarang getaran. Hasilnya terbentuk sebutir berlian yang beratnya adalah 545.67 karat, berwarna kuning keperangan. Berlian yang hebat ini disimpan di Royal Thai Palace sebagai sebahagian daripada permata negara.

Sumber: Utusan

9 comments:

Unknown berkata...

afrika memang terkenal sbg benua pengeluar berlian yg bernilai tinggi di dunia.

yusuflaili(Goku) berkata...

salam;
Belian memang sungguh indah.

ch000tz berkata...

pakai sampai mati!

Jahirah berkata...

berlian mmg cntk....owh ada mata jugak ye...

Karen Monica berkata...

berlian memang memukau dengan kilauannya

AZMI KHAN berkata...

berlian nie klu dpt bhagia hidup....
tp bila la agaknya....

misyamissyou berkata...

oh patut ah ibu kate kalau kecik xberhargaa sangat..cm tu rupenye..emm

caliph shuriken berkata...

area sy mmg area berlian, hikk...

AzRi AtHiRaH berkata...

wah berlian..cantik..sy suke^^