05 April 2012

Penguatkuasaan Tali Pinggang Keselamatan Ketiga Bermula



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah mula menyaman para pemilik kenderaan yang tidak mematuhi peraturan memasang tali pinggang keselamatan ketiga pada kenderaan mereka, sejak awal tahun 2012 ini.

Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jaafar Mohamed yang mengingatkan orang ramai mengenai penguatkuasaan peraturan itu berkata pihaknya amat mengharapkan kerjasama orang ramai menjadikan amalan menitikberatkan soal keselamatan sebagai satu budaya, dan bukan hanya melihatnya daripada segi penguatkuasaan semata-mata.

"Penguatkuasaan perlu dilihat ada unsur-unsur pendidikan, untuk didik orang ramai supaya semua memainkan peranan mematuhi undang-undang, demi keselamatan, bukan soal tindakan tegas semata-mata," katanya.


Sebelum ini, para pemilik kenderaan berdaftar mulai Januari 1995 diwajibkan memasang tali pinggang keselamatan itu di tempat duduk belakang dan mereka diberi masa tiga tahun untuk memasangnya. Tempoh itu tamat hujung tahun 2011 lepas.

Bagi kenderaan yang sudah memasang tali pinggang keselamatan itu, pemakaiannya sudah diwajibkan sejak 2009, dan mereka yang tidak mematuhinya boleh dikenakan kompaun maksimum RM300.

Jaafar berkata bahawa antara yang dikecualikan daripada peraturan berkenaan adalah kenderaan yang mempunyai lebih daripada lapan tempat duduk (termasuk tempat duduk pemandu) dan kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan (BDM) melebihi 3,500 kilogram.

Beliau mengingatkan bahawa penumpang teksi juga boleh disaman sekiranya tidak memakai tali pinggang keselamatan itu.

Sumber: BERNAMA (04/04/2012)

4 comments:

PT Bintang Wangi Indotrans berkata...

Safety Riding, makasih yg tentang postingannya yg sangat bermutu,,, ^_^

ch000tz berkata...

baeekkkkk tuan :D

AZMI KHAN berkata...

safety first....
jgn jadi contoh kemalangan ngeri udah ler....

caliph shuriken berkata...

aisey, dh start dh ka...