13 Jun 2012

Ancaman Belalang Juta Dari Libya


Desert Locust atau Belalang Juta

Kejatuhan Muammar Gaddafi sebagai pemimpin Libya mungkin memberi kesan yang tidak disangka-sangka di rantau Afrika Timur. Ini berikutan amaran pakar pertanian mengenai ancaman belalang juta yang bakal bergerak dari Libya ke negara jirannya.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) memberi amaran, beratus ribu belalang membiak dan bergerak ke seberang sempadan yang tidak lagi dipantau kerajaan Libya sebagaimana dilakukan ketika pemerintahan Gaddafi.

Pakar percaya, kawasan penanaman di negara berhampiran iaitu Niger dan Mali kini terancam apabila kelompok belalang juta itu bergerak dari Libya dan Algeria. Kemunculan serangga itu akan memberi bencana kepada ekonomi Mali dan Niger kerana ia berupaya memusnahkan kawasan tanaman besar dalam masa singkat.


Keadaan itu disebabkan program kawalan serangga yang berkesan dilaksanakan ketika Gaddafi memerintah tidak lagi dilaksanakan sejak kematiannya menyebabkan beribu-ribu kilometer kawasan tanah tidak terjaga. Racun serangga gagal untuk disembur bagi menghalang belalang juta mengganas.


SEORANG penduduk di wilayah Afrika Timur dikelilingi jutaan belalang di kawasan kediamannya. 


DUA kanak-kanak melarikan diri daripada kumpulan belalang yang menyerang kawasan kediaman mereka di Afrika Timur.

Pegawai kanan peramal belalang juta FAO, Keith Cressman memberitahu: “Kejatuhan Gaddafi mengurangkan keupayaan Libya untuk memantau dan bertindak balas seperti biasa.”

Banyak kelompok belalang juta dilaporkan berkumpul sekitar Libya dan Algeria bulan lalu selepas hujan lebat yang membantu menghasilkan pokok yang menjadi makanannya. Serangga bersayap itu mampu makan dengan banyak setiap hari dan ia semakin banyak serta boleh hidup di seluruh Afrika Utara.

Akhbar The Financial Times melaporkan, beberapa pasukan tempatan berjaya menyembur racun perosak itu di kawasan seluas 40,000 hektar di Algeria, and 21,000 hektar di Libya. – Agensi

Sumber:
BHarian 2012/06/10

Ancaman belalang juta (Schistocerca gregaria) telah mengancam hasil bidang pertanian di Afrika, Timur Tengah dan Asia selama berabad lamanya. Belalang juta ini didapati mengancam kehidupan hampir satu per sepuluh dari penduduk dunia.

Ekologi belalang juta

Belalang juta secara semulajadinya hidup secara bersendirian.. Selepas hujan, tumbuhan akan tumbuh dengan baiknya dan turut menggalakkan penghasilan telur belalang juta yang telah diletakkan dalam tanah berpasir. Tumbuhan baru ini menghasilkan makanan untuk belalang yang baru menetas dan memberikan mereka perlindungan sehingga mereka membesar menjadi serangga dewasa bersayap.



Apabila tumbuhan membesar dengan baik, disamping terdapat hujan yang cukup untuk kebanyakan telur menetas, ia mengakibatkan perubahan tingkah-laku yang membawa perubahan serangga dari tingkah-laku bersendirian kepada tingkah-laku berkelompok (gregarious).

Apabila belalang menjadi berkelompok, mereka bertukar warna dari hijau kepada hitam dan kuning, badan mereka berubah menjadi pendek, dan mereka menghasilkan hormon yang menyebabkan kesemua mereka berkumpul pada satu kawasan, dan dengan itu menggalakkan pembentukan kawanan belalang.

Ketika tempoh senyap (gawat recession), habitat belalang terhad pada lengkungan 16-juta-kilometer-persegi yang meliputi Gurun Sahara di Afrika Utara, sempadan Semenanjung Arab, dan ke barat laut India. Apabila keadaan menjadi sesuai, kawanan belalang juta menyerbu ke negara di sekeliling kawasan gawat recession, ke utara sehingga ke Sepanyol dan Russia dan ke timur sehingga ke India dan Asia barat daya.

Kawanan belalang juta mampu menyeberangi Laut Merah antara Afrika dan Semenanjung Arab dan pernah dilapurkan menyeberangi Lautan Atlantik dari Afrika ke Karibbean. Satu kawanan belalang juta mampu melitupi 1,200 kilometer persegi dan mengandungi antara 40 dan 80 juta belalang setiap kilometer persegi.

Kerugian tanaman

Belalang juta mampu memakan anggaran tumbuhan hijau (daun, bunga, kulit kayu, batang, buah, dan benih) seberat jisim badan mereka setiap hari. Hampir kesemua tanaman, dan tumbuhan bukan tanaman, berisiko, termasuk millet, padi, jagung, sorghum, tebu, barli, kapas, pokok buah, pokok kurma, sayuran, rumput ragut, akasia, pine, dan pisang.

Dalam abad lepas, serangan Belalang Juta berlaku pada 1926-1934, 1940-1948, 1949-1963, 1967-1969 dan 1986-1989. Kerugian besar tanaman disebabkan kawanan belalang juta, menambahkan masalah kekurangan makanan di negara yang terbabit.

Kawalan

Pada masa kini kawalan utama mengawal kawanan belalang juta adalah dengan racun serangga organophosphate yang disembur dalam dos rendah dengan kenderaan dan pesawat terbang penyembur. Racun serangga ini perlu disembur secara langsung kepada serangga.

Kawalan dilaksanakan oleh kerajaan di negara yang diancam belalang juta. Tiada cara kawalan biologi diusahakan buat masa kini. Walaupun burung memakan belalang, tetapi kaedah kawalan ini tidak mampu membendung populasi kawanan belalang juta yang banyak itu.

Sumber: Wikipedia

5 comments:

tupperware_merah berkata...

nampak macam bebudak tu tgh gembira je dikejar belalang tu kan?

Tanpa Nama berkata...

Ala2 kelkatu slps hujan...wir rimas kalau haiwan ni dtg..mesti tutup lampu,bergelappun x mengapa

yusuflaili(Goku) berkata...

salam;
nasib baik tak menyerang manusia.

Unknown berkata...

mungkin kah ini satu balasan?

ch000tz berkata...

nampak mcm biasa ajer natang ni