12 Jun 2012

Teknologi Pesenyawaan IVF Tingkat Peluang Hamil

Doktor kini tak lagi perlu tanam banyak embrio dalam rahim


Ibu kembar lapan, Nadya Suleman bersama anaknya di California, Amerika Syarikat.

Kejayaan baru dalam teknologi persenyawaan luar rahim (IVF) memberikan peluang kepada bakal ibu untuk hamil tanpa risiko kelahiran kembar dan masalah kesihatan. Sebelum ini kadar kejayaan IVF berdasarkan peluang hamil ditingkatkan dengan bilangan embrio ditanam dalam rahim.

Kini semakin ramai wanita memilih memindahkan satu embrio pada satu masa apabila doktor mendakwa dapat mengenal pasti yang paling sihat dan memberi ia peluang terbaik untuk selamat dalam rahim.

Antara 1980 dan 2009, amalan biasa menanam banyak embrio membawa kepada kadar kelahiran kembar dua dan lebih seperti dialami ibu kembar lapan, Nadya Suleman.


Bagaimanapun, ketika ujian genetik semakin baik, doktor lebih mudah mengenal pasti embrio yang aktif. Jika telur sihat yang disenyawakan boleh membesar dalam makmal untuk lima hingga lapan hari pertama, ia mempunyai peluang lebih baik untuk hidup dalam rahim.

Kira-kira 100 pusat kesuburan di seluruh Amerika mempunyai kemampuan itu dan menggesa pesakit mempertimbangkan penanaman tunggal embrio.

Di Pusat Sains Reproduktif di Teluk San Francisco, peratus pemindahan embrio tunggal terpilih meningkat dua kali ganda daripada 2009 hingga 2010 kepada 30.5 peratus daripada 593 kitaran – kira-kira dua kali ganda purata pemindahan embrio di seluruh Amerika.



Pemilik kemudahan itu, Dr Louis Weckstein, menjelaskan kepada MSNBC: “Jika anda memindahkan embrio tunggal kepada wanita berusia 37 tahun atau lebih muda, atau dengan telur yang didermakan, dan ia adalah embrio berkualiti tinggi, kami tidak melihat kadar kehamilan berbeza berbanding anda memindahkan dua embrio berkualiti tinggi.”

Namun klinik yang lain kekurangan dana dan teknologi yang menjamin embrio sihat bergantung kepada kaedah penanaman banyak dengan harapan sekurang-kurangnya satu akan hidup.

Garis panduan industri itu mencadangkan tidak lebih dua hingga lima ditanam bagi setiap satu kitaran IVF, bergantung kepada umur dan keadaan penerima.

Proses itu mahal dan menyebabkan trauma secara emosi kepada penerima dan banyak pesakit melihat kesempatan meningkatkan peluang kejayaan dan tidak memikirkan cabaran, jika mereka menanam lebih banyak embrio.

Pakar di Institut Perubatan Reproduktif di Pusat Perubatan Saint Barnabas, Dr Natalie Cekleniak, berkata pesakit amat terdesak dan tidak melihat sesuatu perkara secara objektif. – Agensi

Sumber: BHarian [2012/06/10]

Persenyawaan in vitro



Persenyawaan in vitro (IVF) merupakan proses di mana sel telur disenyawakan oleh sperma di luar rahim (in vitro). IVF merupakan rawatan utama bagi kemandulan apabila kaedah teknologi membantu pembiakan telah gagal. Proses ini membabitkan pengawalan hormon bagi proses ovulatori, mengambil ovum (telur) dari ovari wanita dan membiarkan sperma mensenyawakannya dalam perantaraan cecair.

Telur yang telah disenyawakan (zigot) kemudian dipindahkan kepada uterus pesakit dengan matlamat menghasilkan kehamilan. Kelahiran pertama bagi "bayi tabung uji", Louise Brown, berlaku pada tahun 1978. Sebelum itu, terdapat kehamilan biokimia peralihan yang dilaporkan oleh penyelidik Australian Foxton School pada tahun 1973 dan kelahiran ektopik yang dilaporkan oleh Steptoe dan Edwards pada tahun 1976.

Istilah in vitro, berasal dari bahasa akar Latin bererti dalam kaca. Istilah ini digunakan, kerana ujikaji biologi awal membabitkan pertumbuhan tisu di luar organisma hidup, dilakukan dalam bekas kaca seperti bikar, tabung uji, atau piring petri.

Hari kini, istilah in vitro digunakan bagi merujuk kepada sebarang prosedur biologi yang dilakukan di luar organisma bagi tisu kekal yang diambil dari organisma hidup. Istilah kolokial bagi bayi yang terhasil dari IVF iaitu bayi tabung uji adalah merujuk kepada bekas plastik ataupun kaca berbentuk tabung, digelar tabung uji, yang biasa digunakan dalam makmal kimia dan makmal biologi. Bagaimanapun, persenyawaan in vitro biasanya dilakukan dalam bekal lebih tohor yang digelar piring petri.

Sumber: Wikipedia

2 comments:

Cik Cinta berkata...

Koding, dari segi hukum agama tak salah ke buat proses ini ya?
Musykil lah..

Tanpa Nama berkata...

Hukumnya harus utk kebahagiaan dn keharmonian pasangan..wir pernah baca akan hal ni..wallahualam