05 Jun 2012
Gerhana Bulan Tanda Kekuasaan Allah
Subhanallah....
Gambar menunjukkan pelbagai imej gerhana bulan [Sumber: Wikipedia]
Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama (bulan mengambang penuh), dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. [wikipedia]
Pada hari Isnin 4 Jun 2012, kita diperlihatkan dengan kuasa Allah SWT yang Maha Agung iaitu kejadian gerhana bulan. Gerhana ini berlaku ketika bulan berada bertentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari, ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang.
Fasa pertama gerhana bulan bermula jam 4.49 petang itu dan mencapai tahap kemuncak pada jam 7.03 malam dan berakhir pada jam 9.17 malam. Umat Islam disaran menunaikan solat sunat khusuf gerhana bulan berjemaah dan adakan khutbah gerhana berikutan fenomena gerhana bulan separa itu.
Begitulah kehebatan kekuasaan Allah SWT yang mampu mengubah segala-galanya di langit dan bumi pada bila-bila masa yang tidak ada satu kuasa lain dapat menyekat qada’ dan qadar Allah SWT.
Kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan semasa gerhana Bulan.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari mahu pun bulan, tetapi sembahlah Allah yang menciptakannya, jika kamu hendak sembah.” (Surah Fussilat, ayat 37)
Oleh itu, jika berlaku kejadian gerhana matahari atau bulan, ia bukan tanda akan timbul kejadian aneh dan mengkhuatirkan, tetapi gerhana berlaku atas sifat wajib bagi Allah SWT iaitu berkehendak dan berkuasa atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa juga kekuatan di dunia ini.
Setiap perubahan berlaku terhadap cakerawala mengandungi hikmah tersendiri. Begitu juga perubahan kepada matahari dan bulan, sudah pastinya mengandungi hikmat tertentu antaranya memberi peringatan supaya hamba-Nya tidak melampaui batas dan sentiasa bermuhasabah.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah SWT. Allah menakutkan hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang dari kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Gerhana bulan adalah peringatan Allah SWT untuk seluruh manusia supaya patuh perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya yang akan berlaku sepanjang zaman sebagai amaran Allah SWT di atas segala keterlanjuran hamba-Nya.
Kita dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika berlaku gerhana supaya bersegera melakukan perkara berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah, beristighfar dan menghindari daripada melakukan perkara mungkar, maksiat serta perbuatan syirik.
Ummul mukminin Saidatina Aishah berkata dalam riwayat al-Nasai yang mafhumnya: “Dan sesungguhnya telah jelas cahaya matahari, maka Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan orang ramai sambil memuji Allah SWT dan sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua daripada keagungan Allah. Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila kamu melihat terjadi gerhana matahari atau bulan, maka hendaklah kamu mendirikan solat sunat gerhana dan bersedekah serta memperbanyak mengingati Allah. Sabda Nabi SAW: Wahai umat Muhammad, jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu sedikit ketawa dan banyak menangis.”
Diharap kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, kesedaran, menambah serta menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT.
Marilah berdoa kepada Allah SWT semoga gerhana yang berlaku tidak mengakibatkan berlaku malapetaka alam seperti perubahan angin dan cuaca yang memberi kesan kepada alam sekitar antaranya perubahan tabii alam, tumbuh-tumbuhan serta kehidupan di dunia.
Sebagai usaha untuk melahirkan keteguhan dan mengekalkan kekuatan iman dalam diri umat Islam, di sini digariskan beberapa nasihat untuk dijadikan pedoman antaranya berfikir dan bertafakur setiap kali berlaku kejadian fenomena alam.
Kedua, memperingati nikmat syurga dan azab neraka. Ketiga, menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah SWT. Keempat, menghitung, mempertingkatkan serta memperkemas amal kebajikan sepanjang masa dan kelima, bersegera memohon taubat kepada Allah SWT.
Sumber: BHarian
Labels:
Alam Ciptaan Allah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 comments:
salam;
subahanallah.
semalam ada tgk tp xclear sgt. indahnya kejadian ciptaan Allah. tq info. esok pg tgk transit zuhrah lak. :)
eh tak perasan pun ada gerhana bulan..hanya Allah yang tahu apa yang tersirat di sebalik yang tersurat kan..
YA ALLAH . serious cantik malam tuu bulan . mun nampak real sangat . macam ade dpan mata and macam nak pegang . memang nampak jelas kekuasaan Allah malam tuu . masyaAllah cantik . tak taw nak cakap macam mana . :)
singgah sini nk tk gambar gerhana bulan separa...pcl sdg bercuti d kpg, kalau tak ..sy akan ke Planetrium Negara teropong dari sana...
thanks for sharing....
4/6 ada saksikan gerhana mlm tue. tp tak pasti rakaman yg diambil itu gerhana atau pun tidak walaupun diambil sewaktu gerhana diwar-warkan terjadi
6/6 bulan & matahari tak nampak langsut di langit biru. seharian suntuk awan mendung dan cuaca sangat redup & berangin. dari awal pukul 1am lagi dah hujan lebat bawa renyai di pagi subuh. hampaaaa...
Catat Ulasan