08 Julai 2012

Jambatan Kedua Pulau Pinang



Binaan Jambatan

Jambatan kedua Pulau Pinang berharga RM4.5 bilion sejauh 23.5 km dengan 16.9 km struktur marin. Ia dibina bersama oleh UEM Builders Bhd dan CHEC Pembinaan (M) Sdn Bhd mulai tahun 2008 dan dijangka siap sepenuhnya pada September 2013. Jambatan itu menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di bahagian tanah besar.

Dengan 16.9 kilometer struktur marin, Jambatan Pulau Pinang kedua digelar sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan juga jambatan ke-20 terpanjang di dunia yang menggabungkan Galas Getah Redaman Tinggi (HDRB).

Jambatan kedua Pulau Pinang ini mengatasi panjang Jambatan pertama Pulau Pinang. Jambatan pertama Pulau Pinang mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Jelutong, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985. Pembinaannya melibatkan kos sebanyak RM 850 juta.



Jambatan pertama Pulau Pinang

Selain mencatatkan nama Pulau Pinang sebagai negeri yang mempunyai jambatan terpanjang di Asia Tenggara, jambatan kedua Pulau Pinang ini juga akan menjadi tarikan pelancongan tambahan kepada Pulau Mutiara.

Pembinaan jambatan ini mempunyai matlamat antara lain untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berlaku di negeri ini. Dengan jambatan yang sedia ada sekarang, meskipun ada tiga lorong, namun ia tidak mampu menampung jumlah kenderaan masuk ke pulau setiap hari.

Ianya juga dibina bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang lebih pesat untuk faedah rakyat di negeri itu. Dengan memacu pertumbuhan ekonomi, jambatan ini akan membantu mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk setempat selain merancakkan lagi industri perumahan.

Kejayaan pembinaan jambatan kedua yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) itu kelak memberikan jaringan hubungan dan akses ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Tarikh Bina.

Pembinaan jambatan kedua itu yang dimulakan pada 8 Nov 2008, yang meliputi 16.8km jambatan dan 6.8km jalan darat. Projek ini dijangka siap pada September, 2013.

Perkembangan Binaan

Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) mencapai 80 peratus bagi penyiapan keseluruhan kerja pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang pada 30 Jun 2012.

Pemasangan 'Cable Stay' untuk pylon pertama (struktur keluli yang tinggi yang didirikan bagi menopang kabel elektrik bervoltan tinggi) di tiang ke-25 dan 26 telah pun bermula dan dijangka siap sepenuhnya pada 15 Ogos 2012.

Setiap pylon memerlukan 18 Cable Stay, sebanyak 144 Cable Stay diperlukan untuk dipasang di empat pylon bagi melengkapkan pembinaan jambatan sepanjang 24 kilometer itu.


Jambatan Kedua Pulau Pinang yang menggabungkan Galas Getah Rendaman Tinggi siap 80 peratus akhir Jun 2012.

Teknologi Tahan Gempa

Jambatan ini adalah yang pertama menggunakan teknologi mampu menyerap gegaran gempa menggunakan produk penahan gempa yang dikenali sebagai Galas Getah Redaman Tinggi (HDRB) melalui penggunaan sistem pengasingan seismik yang berkesan berupaya melindungi struktur jambatan daripada kerosakan jika terjadi gempa bumi.

HRDB itu adalah produk yang direkabentuk oleh Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) di United Kingdom, sebuah makmal milik Lembaga Getah Malaysia (LGM). Produk itu yang dihasilkan sepenuhnya di dalam negara dipasang pada setiap dek jambatan itu adalah peralatan inovatif melindungi bukan sahaja struktur tetapi juga isi kandungan dalam struktur.

R&R

Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di kawasan Batu Kawan akan mula dibina selepas jambatan kedua itu mula beroperasi pada 2014. Kawasan R&R itu dibina di Batu Kawan dan tidak di atas jambatan seperti mulanya dirancang kerana ianya melibatkan kos yang tinggi, selain membabitkan ciri-ciri keselamatan pengguna.

Banyak pihak terutamanya yang berkaitan keselamatan membantah pembinaan R&R di atas jambatan kerana selain isu keselamatan ia juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas," kata Pengurus Bahagian Pembinaan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Zulkipli Nasri.

Apabila dibuka nanti, jambatan itu bakal digunakan oleh hampir 25,000 kenderaan sekali gus mengurangkan kesesakan sehingga 30 peratus di Jambatan Pulau Pinang yang ada sekarang.

Pada masa sama, infrastruktur baharu itu bakal menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar.

Kadar tol yang ditetapkan juga dijangka selaras dengan tol sedia ada iaitu RM7 bagi kereta, namun ia belum diputuskan kerajaan.

Sumber: Kosmo [16/06/2012], Kosmo [20/06/2012], BERNAMA [05/07/2012], Wikipedia, Utusan [25/12/2012]



Jambatan kedua siap ikut jadual

Jambatan Kedua Pulau Pinang akan disiapkan mengikut jadual pada 8 November 2013 ini dan tarikh pembukaan rasminya akan ditentukan oleh Kementerian Kerja Raya.

Timbalan Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Awam, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Azizi Azizan, berkata kini jambatan berkenaan sudah siap 98 peratus dan kerja pembinaan masuk pada fasa akhir.

“Tiada kelewatan dalam pembinaan Jambatan Kedua dan JKSB yakin struktur itu akan disiapkan mengikut jadual. Kerja pembinaannya kini hanya membabitkan fasa kecil-kecilan saja seperti pemasangan lampu.

“Perkara itu akan dibawa ke peringkat atasan (Kerajaan Persekutuan) dan dibincangkan sebelum Menteri Kerja Raya boleh mengumumkan tarikh yang sesuai, pembukaan kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pembukaan lampu jalan Jambatan Kedua di Batu Maung. Pembukaan lampu jalan di atas Jambatan Kedua itu diadakan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia dan majlis berkenaan juga diserikan dengan persembahan bunga api selama kira-kira 15 minit.

Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM4.3 bilion meliputi panjang sejauh 24 kilometer dengan 16.9km daripadanya berada di atas permukaan air itu sepatutnya dijadual siap pada September, 2013.

Bagaimanapun, insiden runtuhan tanjakan yang menghubungkan Batu Maung dengan struktur jambatan itu pada Jun 2013 menyebabkan kerja pembinaan terpaksa ditangguhkan selama dua bulan kepada November 2013 depan.

Sumber: BHarian [17092013]

Kadar tol tidak melebihi RM10



Kadar tol di Jambatan Kedua Pulau Pinang tidak melebihi RM10, menurut syarikat pemegang konsesi Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB).

Pengarah Urusannya, Datuk Dr. Ismail Mohamed Taib, berkata JKSB mencadangkan kadar tol RM7 kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia tetapi keputusan muktamad hanya akan diumumkan pada 1 Mac 2014.

"Kadar tol adalah kurang daripada RM10 tetapi melebihi RM7. Jika kadarnya terlalu tinggi, tidak banyak kenderaan akan menggunakannya," katanya.

Ismail berkata, JKSB berharap untuk memperoleh keuntungan dalam tempoh 10 tahun dengan 100,000 kenderaan dijangka menggunakan jambatan itu di tengah-tengah kepesatan pembangunan Batu Kawan terutama kawasan perindustrian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Mac, 2014 mengisytiharkan jambatan kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdu Halim Mu'adzam Shah. Pengisytiharan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Jambatan berharga RM4.5 bilion itu, yang menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di tanah besar, dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabtu 1 Mac, 2014 dan dibuka kepada kenderaan pukul 12.01 tengah malam, Ahad 2 Mac, 2014.


HAMPIR 500,000 kenderaan melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Pulau Pinang pada hari pertama ia dibuka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pengguna jambatan kedua Pulau Pinang tidak akan dikenakan tol dalam tempoh sebulan selepas pembukaan rasminya sebagai penghargaan kepada rakyat.

Ismail berkata, tender bagi pembinaan dua Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) akan dipanggil dalam tempoh enam bulan akan datang membabitkan kos RM60 juta dan dijangka siap dalam masa tiga tahun.

Sumber: BERNAMA, Utusan [26/2/2014], BHarian [01/03/2014]

Kadar Tol Jambatan Kedua

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) menetapkan kadar tol bagi penggunaan jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (SAHMS) adalah RM8.50.

Pengarah urusannya Datuk Ir Dr Ismail Mohamed Taib berkata walaupun kadar yang dikenakan itu RM1.50 atau 21.4 peratus lebih tinggi daripada kadar tol yang dikenakan di jambatan pertama, tetapi jarak di atas permukaan laut bagi jambatan baharu itu ialah 16.9 kilometer, sekali ganda lebih panjang daripada jambatan pertama.

"Jika dibuat perbandingan berdasarkan kos bagi setiap kilometer, tol bagi jambatan baharu ini lebih murah iaitu 50 sen bagi setiap kilometer, berbanding 84 sen bagi setiap kilometer di jambatan pertama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun jambatan baharu itu lebih panjang, namun ia tidak banyak menjejaskan penggunaan bahan bakar kerana selalunya kenderaan menggunakan lebih banyak bahan bakar apabila bergerak perlahan di jalan sesak, berbanding dipandu dengan lancar di laluan lebih panjang

Sumber: Utusan [01042014]

8 comments:

Unknown berkata...

info berguna..
naseb da habes skolah :)
theeeeee...

Aimacomel berkata...

mesti cantik kan bila dh siap sepenuhnya nanti

Unknown berkata...

x jauh dr rumah saya dh ni

caliph shuriken berkata...

nice sharing info.. smoga dipermudahkan keje kwn sy yg tbabit dlm projek ni ^^

caer sasuke berkata...

nice.penang =p

Karen Monica berkata...

setahun lagi untuk siap :)

amranaiman berkata...

planng lama dh ni.. hrp2 jd dan dibuat cepat.. :)

kucingbacakitab berkata...

agak2 projek ni msuk lam rncngn megastructure kat netgeo tak? Kta tggu dan lihat bila dah siap nti..haha