04 Ogos 2012

Sekolah Cuti Awal Sempena Aidilfitri 2012



Jemaah Menteri bersetuju dalam satu Mesyuarat Kabinet (Rabu 8 Ogos 2012) supaya 16 dan 17 Ogos 2012 ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 19 Ogos 2012 ini.

Dengan ini, semua pihak mempunyai tempoh masa mencukupi bagi merancang perjalanan pulang dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya. Sekolah diberikan cuti awal bagi memudahkan murid pulang kampung untuk berhari raya bersama keluarga selain untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah untuk memohon cuti berganti melalui pendaftar masing-masing untuk kelulusan.

Bagi tujuan penyelarasan, kementerian itu mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan 16 Ogos 2012 diganti pada Sabtu, 8 September 2012 manakala cuti berganti 17 Ogos 2012 diganti pada Sabtu, 22 September 2012.

"Pihak sekolah hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya pada hari Sabtu berkenaan sebagai hari ganti persekolahan mengikut jadual waktu hari yang terlibat dengan hari cuti berganti tersebut," kata kenyataan itu. - [BERNAMA, BHarian (10 Ogos 2012)]

Penambahan Kepada Cuti Yang Diberikan Sebelumnya

Sebelum ini Kementerian Pelajaran hanya menetapkan Jumaat 17 Ogos 2012 sebagai cuti berganti sempena Aidilfitri untuk sekolah di negeri yang cuti hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad. Pihak Kementerian ketika itu tidak bercadang membenarkan cuti berganti pada 15 dan 16 Ogos seperti didesak beberapa pihak.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, pula berkata cuti pada Jumaat itu untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai pulang ke kampung menyambut Aidilfitri yang dijangka pada Ahad 19 Ogos 2012.

Dalam surat siaran Bilangan 25/2012 itu, kementerian tidak menyelaras cuti berganti Aidilfitri kerana perayaan diraikan dalam cuti pertengahan penggal kedua. Ini bermakna cuti ganti hanya untuk sekolah di negeri Kumpulan B, iaitu hujung minggu Sabtu dan Ahad. [BHarian (4 Ogos 2012)]

4 comments:

Unknown berkata...

sronok la budak2..

yusuflaili(Goku) berkata...

salam;
satu langkah yang baik demi keselamat sewaktu pulang raya..tiada masalah pulang dengan tergesa2 dijalan raya...cadangan ini patut disambung pada jabatan kerajaan yang lain.

Qira berkata...

tp ikut kalendar mmg cuti 17hb pn.. :)

Nurul Lyana Kz berkata...

seronoklah budak2 kan..

tak adalah kelam kabut bila nak balik beraya nanti ;)