14 Ogos 2012

Solat Sunat Tasbih



Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andai kata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“ ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )

Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.


Cara mengerjakan solat Sunat Tasbih

Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).

Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya 75 kali, maka jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih X 4 rakaat = 300 kali.

Caranya;

1. Niatnya:



Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

Rakaat 1: Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
Rakaat 2: Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
Rakaat 3: Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
Rakaat 4: Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.

3. Bacaan Tasbihnya ialah:



Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar; Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Nota;
* Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.

4. Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.

5. Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:

Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
Rukuk - 10 kali tasbih
Iktidal - 10 kali tasbih
Sujud pertama - 10 kali tasbih
Duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
Sujud kedua - 10 kali tasbih
Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, - 10 kali tasbih.

6. Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.

7. Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.

8. Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.

9. Membaca doa solat tasbih;



Sumber: Shafiqolbu

DOA SOLAT TASBIH

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ .

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.

Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.

Sumber: e-mosque

2 comments:

Leeza berkata...

thanks for the info, Insya Allah..nanti Lezza nk buat =)

Unknown berkata...

gud info .. dr tak penah tau..now da tau... :)