Nuff Atas

01 Disember 2012

Hantu Di Dalam Lif Di Brazil

Jangan bergurau bab hantu-hantu ni ...
Tak kena pada diri kita boleh lah kita gelak-gelak ....
Kalau gurauan ini terkena pada diri kita sendiri ... 
Mau terkencing dalam seluar masa tu jugak agaknya ...
Bagaimana pula kalau orang yang menjadi mangsa mempunyai penyakit jantung??


Program TV uji ketakutan pengguna lif terhadap hantu

GAMBAR di atas (yang disiarkan di laman YouTube) menunjukkan seorang wanita cuba mengelak daripada melihat 'hantu' budak perempuan (kiri) di dalam sebuah lif dalam sebuah program televisyen di Brazil.




Video dengan tajuk 'Extremely Scary Ghost Elevator Prank in Brazil' ini dihasilkan untuk satu program televisyen yang cuba meninjau reaksi para pengguna lif apabila mereka melihat hantu. Kamera dipasang dalam lif itu tanpa disedari oleh para pengguna semasa rakaman tersebut dibuat.

Dalam program itu, hanya seorang atau dua pengguna sahaja berada di dalam lif tersebut. Selepas pintu lif itu ditutup, pengguna tersebut tidak menyedari ia sebenarnya tidak bergerak.

Cahaya lampu di dalam lif tersebut kemudian terpadam seolah-olah menunjukkan bekalan elektrik terputus. Semasa bekalan elektrik itu terputus, seorang budak perempuan yang menyamar sebagai hantu dengan membawa anak patung merangkak keluar dari sebuah pintu rahsia.

Apabila cahaya lampu dihidupkan semula, pengguna lif itu terkejut apabila mendapati kanak-kanak perempuan tersebut muncul dengan tiba-tiba. Wajah kanak-kanak itu yang disolek agar kelihatan menyeramkan seperti hantu menyebabkan pengguna lif tersebut ada menjerit ketakutan.

Sumber: Kosmo

2 comments:

deno berkata...

kalau deno la... pengsan kat situ jugak... hehe

khairul hassan berkata...

bole terkencin klu kena mcm ni