12 Disember 2012

Saudara Baru Islam Tidak Wajib Tukar Nama



Tiada peruntukan wajibkan saudara baru tukar nama

Tiada sebarang peruntukan undang-undang mewajibkan saudara baru untuk menukar nama kepada nama Islam dan menukar kad pengenalan dengan maklumat baharu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, bagaimanapun berkata individu yang memeluk Islam akan diberi kad akuan masuk Islam sebagai dokumen pengesahan status agamanya.

Individu yang memeluk Islam akan diberi kad akuan masuk Islam sebagai dokumen pengesahan status agamanya. Mereka hanya dinasihat menukar status agama dan nama di Jabatan Pendaftaran Negara," Kata Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri


Mashitah berkata, ada segelintir saudara baru yang mahu berbuat demikian, tetapi terhalang oleh beberapa sebab tertentu seperti soal keselamatan atau tidak mahu diketahui keluarga.

Maklumkan status agama

Beliau bagaimanapun meminta golongan itu memaklumkan status agama mereka kepada saudara terdekat supaya tidak berlaku pertikaian seperti perkahwinan atau perebutan jenazah apabila mereka meninggal dunia.

Sumber: BHarian [2012/12/11]

1 comments:

caliph shuriken berkata...

secara asasnya mmg x perlu tukar nama pun ^^