27 Disember 2012
Ujian Spirometri Kesan Penyakit COPD
ANTARA contoh alat spirometer yang digunakan untuk mengesan pesakit COPD.
Spirometri (bermaksud pengukur nafas) adalah ujian fungsi pulmonari (PFTs) yang paling biasa untuk mengukur fungsi paru-paru, terutamanya menyukat jumlah isipadu udara atau kelajuan aliran udara yang boleh disedut dan dihembus keluar. Spirometry adalah alat penting yang digunakan untuk menjana pneumotachographs, yang membantu dalam menilai keadaan seperti asma, cystic pulmonari, cystic fibrosis, dan COPD. [wikipedia]
Ujian Spirometri untuk perokok tegar
Bagi seorang penghidap, Sairi Ajir, 68, dia mula mengalami kesukaran bernafas pada tahun 2001 sehingga tidak larat untuk melakukan aktiviti rutinnya.
Dahulu, lelaki yang berasal dari Tanjung Karang, Selangor itu seorang perokok. Dia terpaksa berulang-alik ke hospital antara dua hingga tiga bulan sekali untuk mendapatkan bantuan pernafasan.
"SETELAH hampir separuh abad hidup saya tidak dapat dipisahkan daripada rokok, segalanya berubah apabila pada tahun 2002 saya disahkan menghidap penyakit paru-paru atau sekatan pulmonari kronik (COPD).
"Ketika itu saya mengalami sesak nafas yang teruk sehingga terpaksa dirawat beberapa kali di unit kecemasan.
"Setelah berjumpa dengan doktor, segalanya sudah terlambat kerana saya disahkan menghidap masalah paru-paru setelah membuat ujian spirometri," kata Sairi Ajir.
Itu adalah sebahagian kisah hidup Sairi apabila terpaksa menempuhi saat-saat getir dalam hidupnya kerana lambat membuat pengesanan awal.
Apa pun kini beliau semakin sihat dan boleh menjalani kehidupan seperti sediakala setelah melalui beberapa rawatan tertentu.
Kisah Sairi mungkin dikongsi oleh beribu perokok tegar lain yang berdepan dengan pelbagai risiko kesihatan dan masih belum berpeluang untuk menjalani ujian spirometri.
Penubuhan Kliik Spiromeri Awam
Dalam pada itu, Hari COPD sedunia 2012 disambut dengan penubuhan klinik spirometri awam pertama di Universiti Teknologi Mara (UiTM), kampus Selayang, Selangor.
Pakar Perunding Respiorotari, Fakulti Perubatan, UiTM, Kampus Selayang, Prof. Dr. Tengku Saifudin Tengku Ismail berkata, spirometri adalah prosedur penting untuk memudahkan diagnosis penyakit COPD.
Tujuan Ujian Spirometri
"Dengan adanya klinik ini, orang ramai lebih berpeluang untuk mendapatkan ujian spirometri yang akan memudahkan pengesanan awal COPD dan membolehkan mereka bertindak tepat pada masanya.
"Spirometri adalah satu kajian yang tidak menyakitkan ke atas isipadu udara dan kadar alirannya di dalam paru-paru.
"Ia sering digunakan untuk menilai fungsi paru-paru pada penghidap penyakit paru-paru obstruktif atau restriktif.
"Ujian spirometri menggunakan spirometer, sejenis alat yang digunakan untuk mengukur keberkesanan dan kepantasan paru-paru dapat dikosongkan," katanya.
Waktu Operasi
Ujarnya, klinik spirometri awam di UiTM, Kampus Selayang akan menjalankan ujian spirometri untuk pesakit dan orang ramai pada setiap Selasa dan Jumaat.
"Klinik ini dibuka kepada orang ramai dan setiap ujian spirometri akan dikenakan bayaran RM15, manakala tiada sebarang bayaran kepada kakitangan kerajaan.
"Dengan adanya peralatan dan kemudahan betul yang mungkin tidak tersedia di klinik-klinik lain, kami percaya klinik spirometri awam akan membantu menangani masalah kekurangan diagnosis.
"Walau bagaimanapun, kami ingin menggalakkan lebih banyak institusi penjagaan kesihatan menawarkan perkhidmatan sebegini supaya bersama-sama kita dapat membantu lebih ramai pesakit," katanya.
Ujian spirometri menggunakan spirometer digunakan untuk mengukur keberkesanan dan kepantasan paru-paru dapat dikosongkan. - Gambar hiasan
Spirometri kesan penyakit COPD
Profesor Perubatan, Universiti Malaya, Prof. Dr. Liam Chong Kin berkata, COPD ialah penyakit progresif yang membuatkan pesakit mengalami kesukaran bernafas.
COPD menjadikan aktiviti yang mudah seperti memakai baju, berjalan dan mandi sukar dilakukan. menghisap rokok merupakan faktor utama meningkatkan risiko menghidap COPD.
"Hanya 20 peratus pesakit COPD merupakan bukan perokok sepanjang hayat. Mereka dijangkiti atas faktor-faktor lain seperti pendedahan terhadap asap rokok.
"Menghirup udara persekitaran yang tercemar dengan asap kenderaan dan bekerja di tempat yang berhabuk serta dipenuhi bahan kimia juga mejadi antara puncanya," terang Chong Kin.
Hampir tiga juta orang mati setiap tahun di seluruh dunia disebabkan COPD lantas menjadikan ia penyakit nombor empat penyebab utama kematian.
Satu dalam 10 orang lelaki dewasa berumur 40 tahun dan ke atas mungkin menghidap COPD.
Pemeriksaan bagi mengesan COPD diperlukan apabila seseorang itu mengalami simptom-simptom seperti batuk pada tahap kronik, berkahak dan sedutan nafas yang pendek.
Seseorang itu harus cepat mendapatkan pemeriksaan pengesanan awal COPD apabila terdedah pada persekitaran yang meningkatkan risiko seperti keadaan tempat kerja, udara tercemar ataupun perokok.
"Pengesanan awal amat penting kerana dengan berhenti merokok dapat mengurangkan penurunan fungsi paru-paru," kata Chong Kin.
Perangkaan Kes COPD
KIRA-KIRA 210 juta manusia di seluruh dunia sedang menderita penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) tetapi sebahagian besar daripada mereka langsung tidak mengetahui mereka sedang berdepan penyakit tersebut.
Contohnya, hanya tujuh peratus pesakit COPD di China didiagnosis manakala seorang daripada empat orang di Korea Selatan menjalankan ujian mengesan COPD.
Sementara itu, Profesor Jabatan Perubatan, Fakulti Peubatan, Universiti Malaya, Profesor Liam Chong Kin berkata, satu daripada 10 orang dewasa yang berusia lebih 40 tahun mungkin menghidap COPD di seluruh dunia.
"Penyakit ini amat biasa di negara-negara di mana pengguna rokok adalah sangat meluas.
"Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), COPD adalah punca keempat utama kematian di seluruh dunia berbanding kanser dan mempunyai kadar kematian sama seperti HIV/AIDS.
"Tahap kesedaran COPD di negara ini agak rendah kerana ramai orang, termasuk pesakit tidak tahu tentang penyakit ini.
"Bahkan kajian penyakit dunia mendapati COPD dijangka menjadi punca kematian ketiga paling lazim menjelang 2020. Penularan COPD tahap sederhana di Malaysia adalah 4.7 peratus iaitu sebanyak 448,000 kes," katanya.
Tambahnya, oleh kerana tiada penawar untuk COPD, adalah tanggungjawab pakar penjagaan kesihatah untuk mendidik orang ramai mengenai rawatan dan perubahan gaya hidup yang akan membolehkan mereka menguruskan dan melambatkan perkembanga npenyakit tersebut dengan berkesan.
Senaman
Tindakan awal dengan memberikan rawatan yang efektif dapat meningkatkan status kesihatan seseorang.
Selain rawatan perubatan, penghidap akan dibimbing untuk meningkatkan toleransi tubuh dalam membuat senaman. Ia sekali gus dapat melegakan simptom seperti batuk serta sukar bernafas.
Selain itu, diagnosis awal dapat mengurangkan risiko seperti memperlahan perkembangan penyakit, mengelakkan atau mengubati sebarang komplikasi dan kematian.
Selepas Sairi didiagnosis menghidapi COPD melalui pengesanan awal yang hanya boleh disahkan dengan spirometri, dia mula mendapatkan rawatan sewajarnya. Hari ini, dia sudah mampu berjalan dengan mudah.
Klinik spirometri awam pertama di Malaysia terletak di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Selayang.
"Spirometri penting untuk memudahkan pengesanan awal COPD sekali gus membolehkan mereka bertindak tepat pada masanya," kata Pakar Perunding Respiratori. Fakulti Perubatan, UiTM, Prof. Madya Dr. Tengku Saifudin Tengku Ismail.
Klinik itu dibuka pada hari Selasa dan Jumaat pagi kepada orang ramai dengan bayaran RM15 manakala kakitangan kerajaan boleh menjalani pemeriksaan secara percuma.
Ujian spirometri menggunakan spirometer iaitu sejenis alat yang digunakan untuk mengukur keberkesanan dan kepantasan paru-paru dapat dikosongkan.
Ia dapat menilai fungsi paru-paru kepada penghidap penyakit paru-paru obstruktif atau restriktif.
Ujiannya mudah, individu hanya menghela nafas pada corong yang bagi mengesan kelajuan pernafasan.
Bagi membezakan COPD dan asma, individu akan diberi alat sedut dan bacaan helaan nafas berikutnya diambil bagi melihat perbandingan.
Atikel 1 Oleh SITI AISHAH YUSOFF
Sumber: Utusan
Artikel 2 Oleh ADLAN JAAFAR
Sumber: Kosmo
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan