21 Mac 2013

Keputusan SPM 2012



Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 telah diumum pada Khamis (21/03/2013). Calon telah mula mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari berkenaan.

Keputusan calon persendirian pula dimaklum melalui pos. Calon SPM 2012 juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SPM jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan SMS itu telah diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada Khamis (21/03/2013), dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Mac, 2013.




Sementara itu, pengumuman analisis keputusan SPM telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di Putrajaya pada 9 pagi hari yang sama.

Peperiksaan bertulis SPM telah diadakan dari 5 November hingga 6 Disember tahun lalu dengan seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat di seluruh negara. - BERNAMA

Sumber: BHarian [15/3/2013]

Calon SPM 2012 yang mendapat gred cemerlang meningkat

15,793 calon SPM 2012 peroleh semua A

Seramai 15,793 daripada 472,541 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 berjaya memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran diduduki, mencatatkan peningkatan 0.13 peratus berbanding 15,079 calon pada 2011.

Seramai 13,721 (3.35%) calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berjaya memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran tahun ini, meningkat 0.16 peratus berbanding 12.970 (3.10%) pada tahun 2011, kata Ketua Pengarah Pelajaran , Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.

Katanya, bagi sekolah swasta, seramai 2,072 (4.23%) calon memperoleh gred A berbanding 2,109 calon (4.37) calon pada tahun 2011 iaitu penurunan sebanyak 37 orang (0.14%) manakala bagi sekolah KPM pula menunjukkan peningkatan seramai 751 calon (0.16%).

“Lima pelajar berkeperluan khas turut mendapat keputusan cemerlang semua A dan ini membuktikan semua calon berpeluang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM,” katanya pada sidang media mengumumkan Analisis Keputusan SPM 2012.

"Pencapaian keseluruhan calon menurun sebanyak 0.04 mata Gred Purata Nasional (GPN) namun bilangan murid yang memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran meningkat sebanyak 0.16% ," katanya pada sidang akhbar analisis keputusan SPM.

Tambah beliau, berdasarkan ukuran Gred Purata Nasional (GPN) dengan kiraan nilai yang semakin mengecil, prestasi ditunjukkan semakin baik dengan pencapaian calon bandar menurun 0.16 mata daripada 4.67 pada 2011 kepada 4.83 mata tahun 2012.

“Pencapaian calon luar bandar juga menurun 0.05 mata daripada 5.39 mata kepada 5.44 mata pada 2011. Bagaimanapun, penurunan calon luar bandar dilihat lebih kecil berbanding calon bandar dengan jurang pencapaian antara kedua-duanya mengecil sebanyak 0.11 mata,” katanya.

Beliau berkata, dalam SPM 2012, prestasi dua daripada tujuh mata pelajaran teras iaitu Matematik dan Pendidikan Moral meningkat, manakala prestasi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains dan Bahasa Inggeris menunjukkan penurunan.

Pencapaian keseluruhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 mengalami penurunan berdasarkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 5.08 mata sahaja berbanding 5.04 pada 2011.

Mengenai penurunan pencapaian GPN sebanyak 0.04 mata, Ghafar berkata ia disebabkan bilangan mata pelajaran yang prestasinya menurun melebihi mata pelajaran meningkat, meskipun jumlah pelajar cemerlang meningkat.

Sumber: Kosmo [21/03/2013], BHarian [21/03/2013]

Ucapan Tahniahku Kepada Pelajar SPM 2012 dan Warga Pendidik Puteri Serikandi



Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua pelajar SPM 2012 Kolej Puteri Serikandi yang telah mencapai kejayaan. Ucapan tahniah ini saya khususkan kepada pelajar yang berjaya beroleh pencapaian 5A dan ke atas.

Pelajar tersebut adalah:
7A: Shahirah Ahmad Jaffri, Maizura,
6A: Hadaina, Sharifah Atikah, Natasya, Shahirah Ahmad Fuad, Shazlinn, Laila, Syazwani Che Mahmud, Hidayah Al-Mizi, Nuramina,
5A: Julia, Nadira, Farid, Haikal, Izzat, Iqram, Fatihah Zakaria, Iffah Nur Dini, Hajatul Aini, Syafiqah Hamizu, Faatihah Arifin,

Ucapan tahniah dan ribuan terima kasih juga kepada Pn. Erin, Pn. Mela, Pn.Hanizah, En. Fazil dan tak lupa juga En. Koding (Hahahaaa....) atas kerja kuat anda untuk mencapai GPMP Math 4.01 dan Science 2.71. En. Fazil dan Pn. Hanizah anda hebat kerana berjaya mendidik pelajar anda mencapai 100% lulus Math. Saya nanti pun berhasrat nak belajar Math juga dengan anda (Huhuhuuu...).

Ucapan tahniah kepada En. Nazarul yang berjaya mendidik pelajar SKM Demi Chef 2012 dengan baik sehingga melahirkan 8 orang pelajar SKM yang 'straight A' di kalangan pelajar SKM. Cahayalah! Hang Tuah  tentunya berbangga dengan anda ....

Akhir sekali tahniah kepada semua warga pelajar, pendidik dan kakitangan yang lain atas kejayaan sekolah mengekalkan pencapaian 100% lulus dalam SPM 2012. Barangkali ada yang rasa sedikit kecewa akibat penurunan GPS 3.32 berbanding 2.97 tahun 2011. Harapan saya, anda semua jangan berputus asa. Teruskan usaha untuk merampas kembali GPS Siri 2 dalam SPM 2013. InsyaAllah ...

1 comments:

Fazlee berkata...

Tok guru nak blaja ngan anak buah ke. Tok guru kan lagi mantop almaklumlah pemeriksa ketas math SPM tersohor.